Fatimah Abd Razak

Friday 22 February 2013

Aktiviti 1-BBM 3105




1.1
Sumber: Utusan Malaysia


Kaedah yang betul untuk mendapat carian maklumat yang tepat dan pantas menggunakan enjin carian di Internet iaitu:-

1. Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu carian yang dibuat.
Apabila sesuatu carian yang dibuat, enjin carian akan paparkan beratus ribu atau lebih alamat laman web. Jadi, untuk mengurangkan paparan tersebut, gunakan kata kunci atau terma yang sangat spesifik dan unik.

2. Penggunaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian. Fungsinya adalah untuk memperkecilkan lagi skop carian. Enjin carian akan menghasilkan keputusan carian yang di luar jangka terutama kata kunci yang digunakan mempunyai beberapa maksud. Tanda tolak ini akan berfungsi secara logik sebagai TIDAK atau penafian bagi sesuatu makna dalam kata kunci carian. Ia akan membuang beberapa keputusan carian yang tidak berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan kata carian berkenaan haiwan, kerbau. Maka segala yang berkaitan dengan kerbau akan dipaparkan seperti Kerbau Enterprise, nama bagi sebuah syarikat, kertas dan lain-lain. Jadi, boleh menggunakan tanda tolak untuk tidak merangkumi maklumat-maklumat yang tidak berkaitan tersebut seperti - Enterprise - Ker dan lain-lain.

3. Penggunaan tanda pengikat kata (" ") bagi mendapatkan kata kunci yang lebih bersifat spesifik dan merangkumi segala kata kunci tersebut. Ia tidak akan mencari maklumat secara umum yang berkaitan dengan kata kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan paparan maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam sesuatu carian.
Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian perkataan, "Membujur lalu melintang patah".

4. Pengunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebanyakan enjin carian tidak membezakan sesuatu perkataan yang sama dengan huruf kecil, huruf besar dan yang berada dalam pengikat kata.
Jadi, jangan membuang masa dengan perkara-perkara tersebut. Sebagai contoh, kesemua perkataan yang berikut adalah sama dalam enjin carian.

*Perpaduan
*perpaduan
*PERPADUAN
nPerpaduan
nperpaduan

5. Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda seruan. Ini kerana kebanyakan enjin carian akan abaikan perkataan kebiasaan yang digunakan dalam ayat untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan lain-lain. Pengunaan tanda seruan juga akan diabaikan. Namun begitu, ia boleh digunakan dan enjin carian akan mengambil kira dalam proses carian sekiranya ia berada dalam pengikat kata (" ").

6. Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Penyusunan terma kata carian daripada secara umum kepada yang lebih spesifik dalam kotak carian dapat banyak membantu memaparkan keputusan yang tepat dalam bentuk senaraian pada kotak carian tersebut. Inilah cara yang berkesan menggunakan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Pemilihan item yang bersesuaian pada kotak carian menjimatkan masa untuk menaip sesuatu terma carian. Fungsi AutoComplete ini bukan sahaja berada dalam enjin carian seperti Google tetapi ada pada pelayar web atau brwoser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.

7. Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris yang mempunyai imbuhan perkataan seperti balls, tested, walking dan lain-lain. Lebih baik menggunakan perkataan asas seperti ball, test, walk dan lain-lain. Ini dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak tepat dalam menggunakan enjin carian.
Namun begitu, sekiranya carian maklumat memerlukan perkataan reading. Gunakan perkataan reading dalam carian maklumat kita.

8. Penggunaan Browser History atau fungsi sejarah dalam pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain. Kadang kala ada alamat laman web yang sudah kita layari untuk dapatkan maklumat.
Sekiranya ada keperluan lagi dan kita menggunakan enjin carian, seperti biasa ia akan paparkan banyak maklumat yang perlu kita perhalusi satu demi satu. Jadi, alamat laman web yang sudah kita layari sebelum ini boleh diperolehi semula di bahagian Browser History ini. Bagi memudahkan lagi carian kita, perlu kita mengingat masa dan tarikh laman web tersebut dilayari menggunakan pelayar web tersebut.

9. Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara carian. Sekiranya dalam masa tertentu, masih belum menjumpai maklumat yang dicari, kita perlu ada kaedah atau perancangan yang lain seperti berikut:-
nPenggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
nMembuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik yang berkaitan.
nMenggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.
nMembuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.
nBertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan.

10. Perincikan carian maklumat yang dibuat. Terdapat beberapa simbol yang boleh diguna pakai dalam carian bagi menambahkan kespesifikan carian dan mengurangkan skop carian. Ia dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak sesuai. Di antaranya adalah seperti berikut:-
nTanda tambah ( + ) - Enjin carian akan abaikan perkataan sambungan atau yang biasa digunakan dalam ayat seperti is, are, and dan sebagainya. Sekiranya perlu untuk kita masukan perkataan tersebut boleh menambah simbol tambah ini dipermulaan perkataan tersebut seperti giant +and city. Jadi, carian tersebut akan memaparkan segala maklumat berkenaan perkataan tersebut termasuk perkataan and.
nTanda aliran ( ~ ) - Dengan penambahan tanda ini didepan sesuatu perkataan, enjin carian akan mencari maklumat perkataan tersebut dan maklumat yang sinonim dengan perkataan tersebut. Namun begitu, tidak kesemua perkataan berupaya mendapatkan hasil yang baik dengan tanda ini terutama sekali perkataan singkatan dan mepunyai banyak makna seperti HTML, CSS, HTTP dan lain-lain. Contoh penggunaanya adalah seperti berikut, ~ HTML.
nTanda asterik ( * ) - Ia digunakan untuk mencari sesuatu perkataan bersama dengan terma lain yang tidak diketahui seperti berikut, pendekar *. Namun begitu, ia tidak boleh digunaka untuk sebahagian daripada perkataan seperti pendekar m*. Hasil carian akan memaparkan segala maklumat berkenaan dengan pendekar dengan tambahan apa-apa perkataan yang lain.
nTanda atau ( OR ) atau ( | ) - Ia digunakan untuk mencari salah satu perkataan-perkataan carian yang sesuai. Sebagai contoh, kenangan indah akan memaparkan maklumat kedua-dua perkataan tersebut tetapi kenangan | indah akan memaparkan kesemua maklumat berkenaan salah satu daripada perkataan carian tersebut.
nJulat penomboran - Perincian sesuatu carian yang bernombor boleh dikecilkan skop cariannya dengan menyatakan julat dan jenis pengukuran bagi nombor tersebut. Sebagai contoh, Windows Server 2005 .. 2008, iPad RM100 RM200 dan lain-lain.
nPenggunaan carian pintar atau Advanced Search yang mempunyai banyak pilihan dan kriteria untuk mengecilkan lagi skop carian seperti tarikh, negara, bahasa dan lain-lain. Ia boleh digunakan dengan mengklik butangnya yang terdapat di sekitar kotak carian.
nPenggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google. Ia juga merupakan satu kaedah pencarian yang mengecilkan skop carian kepada carian yang lebih spesifik pada sesuatu perkara.
Ia boleh dibuat carian menerusi kotak carian Google.
Kemudian klik kepada perkataan Wonder Wheel disebelah tepinya.
Segala apa yang dibincangkan sama ada ia merupakan satu kaedah carian atau alat carian adalah merupakan perkara penting. Ini berguna untuk kita mendapatkan carian maklumat yang hampir tepat dalam masa yang pantas.
Segala maklumat yang tidak perlu dapat dihindarkan daripada paparan enjin carian.


1.2
Sumber: zunidazulkufli blogspot
Tips Guna Enjin Carian
1.         Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu carian
           yang dibuat.
2.         Penggunaan tanda tolak ( - ) dalam kata kunci pencarian.
            Contohnya :  - Enterprise, - Ker
3.         Penggunaan tanda pengikat kata ( “ “ ) bagi mendapatkan kata kunci yang lebih
           bersifat spesifik dan merangkumi segala kata kunci tersebut.
4.         Penggunaan huruf besar dan huruf kecil.
            - kebanyakan enjin carian tidak membezakan sesuatu perkataan yang sama
             dengan huruf, huruf besar dan yang berada dalam pengikat kata.
            Contohnya : *Perpaduan, *perpaduan, *PERPADUAN, nPerpaduan, nperpaduan
5.         Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda seruan.
            - kebanyakan enjin carian akan abaikan perkataan yang digunakan dalam
             bahasa Inggeris.
              Contohnya : and, a, the, an, is
            - penggunaan tanda seruan juga diabaikan.
6.         Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian.
            - penyusunan terma kata carian daripada secara umum kepada yang lebih
             spesifik dalam kotak carian dapat membantu memaparkan keputusan yang
             tepat dalam bentuk senaraian pada kotak carian tersebut.
           - fungsinya juga bukan sahaja dalam enjin carian Google tetapi ada pada pelayar
             web atau browser seperti Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
7.         Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris yang mempunyai
           imbuhan perkataan.
           Contohnya : balls, tested, walking
8.         Penggunaan Browser History atau fungsi sejarah dalam pelayar web seperti
           Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
- alamat laman web yang sudah kita layari sebelum ini boleh diperolehi semula di
             Browser History ini.
9.         Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara carian.
            - sekiranya belum menjumpai maklumat yang dicari, kita perlu ada kaedah atau
              perancangan yang lain seperti berikut:-
         ·nPenggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
         ·nMembuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik yang berkaitan.
         ·nMenggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.
         ·nMembuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.
         ·nBertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan.
10.       Perincian carian maklumat yang dibuat.
            - terdapat beberapa simbol yang boleh diguna pakai dalam carian bagi
             menambahkan kespesifikan carian dan mengurangkan skop carian. Contohnya:
         ·nTanda tambah ( + )
-       enjin carian akan abaikan perkataan sambungan atau yang biasa
digunakan dalam ayat seperti is, are, and dan sebagainya.
         ·nTanda aliran ( - )
-       penambahan tanda ini di depan sesuatu perkataan, enjin carian akan mencari maklumat perkataan tersebut dan maklumat yang sinonim dengannya.
         ·nTanda asterisk ( * )
-       digunakan untuk mencari sesuatu perkataan bersama dengan terma lain yang tidak diketahui.
Contohnya : pendekar*
         ·nTanda atau ( OR ) atau ( ǀ )
-       digunakan untuk mencari salah satu perkataan carian yang sesuai. Contohnya : kenangan  ǀ indah
         ·nJulat  penomboran
-       perincian sesuatu yang bernombor boleh dikecilkan skopnya dengan menyatakan julat dan jenis pengukuran bagi nombor tersebut. Contohnya : Windows server 2005 .. 2008, iPad RM100 RM200
         ·nPenggunaan carian pintar atau Advanced Search
-       mempunyai banyak pilihan dan criteria untuk mengecilkan lagi skop carian seperti tarikh, Negara, bahasa dan lain-lain.
         ·nPenggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google.
-       merupakan satu kaedah pencarian yang mengecilkan skop carian kepada yang lebih spesifik.


1.3
Sumber: kulanz salleh blog
URL: http://kulanzsalleh.com/cara-mengetahui-keyword-paling-popular-pada-sesebuah-halaman/
Kgen Keyword Generator
KGen Keyword Generator adalah add-on khusus untuk pelayar Firefox. KGen akan membuat statistik berdasarkan perkataan yang diambil daripada sesebuah halaman. Daripada statistik ini kita boleh tahu berapa kali perkataan itu digunakan dan ini memudahkan kita mengesan perkataan yang diberi pemberatan atau menjadi keyword paling popular di halaman berkenaan.
Bagaimana mengaktifkan KGen Keyword Generator?
Pastikan add-on ini dipasang terlebih dahulu pada Firefox yang kita guna. (Sudah pasang jangan lupa restart). Selepas itu aktifkan KGen Keyword Generator dengan membuka sidebar KGen: Pilih menu: View> Sidebar> KGen (Firefox 3.xx). Kita boleh juga tambah button KGen ke toolbar Firefox. Bagi yang menggunakan Firefox 4, boleh aktifkan KGen melalui Firefox> Option> Add-on Bar atau gunakan shortcut (Ctrl+/). Tetingkap KGen yang aktif akan dipaparkan di sebelah kiri pelayar Firefox.
Buka halaman tertentu, kemudian pada tetingkap KGen yang telah diaktifkan sebelum ini, pilih tab List dan klik pada butang Scan it! Keyword yang terdapat pada artikel akan muncul beserta dengan bilangan penggunaan/pengulangannya. Selain itu kita juga dapat melihat statistik lain seperti bilangan keseluruhan perkataan pada halaman, perkataan yang dilestarikan, aksara, tag dan lain-lain.
Kegunaan sebenar KGen Keyword Generator
KGen Keyword Generator dapat membantu kita mengenal pasti strategi yang digunakan oleh blogger-blogger pakar SEO terutamanya dari segi pemberatan atau kekerapan penggunaan keyword dalam sesebuah artikel. Paling mudah untuk mempraktikkannya, anda pilih kata kunci tertentu dan buat carian menggunakan Google ataupun Yahoo. Kemudian bandingkan laman yang terletak di kedudukan pertama, kedua atau ketiga dalam enjin carian. Lihat berapa kerap mereka menggunakan kata kunci berkenaan.
Cara ini membolehkan kita melihat strategi pesaing terutamanya apabila terdapat ramai yang menulis isu yang sama. Secara tidak langsung kita juga dapat memperbaiki kualiti kandungan penulisan masing-masing.


1.4
Sumber: noramdaris485.blogspot
Enjin Carian Di Internet
·            Ketepatan maklumat yang diperolehi dalam masa yang cepat.
·            Pengguna enjin carian perlu cekap untuk mendapatkan carian.
·            Struktur binaan sesebuah enjin carian umumnya sama.
·            Contoh perbincangan  :  Enjin carian Google
Kaedah Yang Betul Guna Enjin Carian Di Internet  :-
1.    Guna kata kunci atau terma yang unik dan spesifik.
2.    Guna  tanda tolak (-)
3.    Penggunaan tanda pengikat kata (" ")
4.    Pengunaan huruf besar dan huruf kecil.
5.    Tidak menggunakan perkataan kebiasaan contoh untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan lain-lain. dan tanda seruan. Namun,enjin carian akan mengambil kira dalam proses carian jika ia ada dalam pengikat kata (" ").
6.    Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian.
7.    Gunakan perkataan asas bagi berbahasa
8.    Penggunaan Browser History 
9.    Had masa carian dan guna kaedah atau perancangan yang lain seperti berikut :-
      Penggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
      Membuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik
      Menggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.
      Membuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.
      Bertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan.
10. Simbol-simbol yang boleh diguna pakai bagi menambahkan kespesifikan carian:  
      Tanda tambah ( + )
      Tanda aliran ( ~ )
      Tanda asterik ( * )
      Tanda atau ( OR ) atau ( | ) –
      Julat penomboran
      Penggunaan carian pintar atau Advanced Search
      Penggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google.

No comments:

Post a Comment