Fatimah Abd Razak

Tuesday 7 May 2013

Aktiviti 7



7.1
Sumber: utusan malaysia

11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.


7.2
Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Dis (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat berkata Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan dibentang kepada Kabinet Januari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pelan yang lengkap kemudiannya akan dipersembah kepada Majlis Raja-Raja untuk mendapat restu peringkat tertinggi itu, bagi pelaksanaannya tahun depan.

"Pelan yang kini berada di peringkat akhir setelah menerima laporan dan pandangan daripada pelbagai pihak, sudah diterima supaya ianya dapat dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara. Kita sudah banyak membuat perbincangan. Saya fikir tidak ada satu pihak yang terkecuali."

"Jadi langkah ini agak komprehensif dan lengkap dan sudah disediakan. Malahan kita tambah baik lagi kalau ada kekurangan kita lihat dalam tempoh dua tiga bulan lepas," katanya pada sidang akhbar selepas majlis interaksi bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik Muda di sini, pada Jumaat.
September lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara.

Antara yang digariskan adalah menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa, memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris, membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni dan menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan.

Mengenai bantahan pihak tertentu termasuk Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Muhyiddin berkata kementerian tidak mampu memuaskan hati semua pihak.

"(Tetapi) kita sudah ambil kira semua. Malah pandangan Dong Zong pun sebahagiannya sudah diambil kira tentang status sekolah Cina, bantuan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

"Bukan tujuan kita sediakan blue print untuk puaskan Dong Zong, tetapi yang penting memuaskan rakyat," katanya

Aktiviti 6




6.1
Sumber: TatabahasaBM

MOTIVASI BERTERUSAN

Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian, 
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan, 
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu '
KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
di atas kegagalan anda semalam
binalah bangunan hidupmu buat hari esok
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi
membenam lembah-lembah air mata kehampaan.
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan.


6.2
Sumber: I luv Islam
URL: http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/4480-sayang-bahagiakah-kita.html

Sayang… Bahagiakah Kita?
Sepasang suami isteri sedang menaiki basikal pada suatu petang. Suami di hadapan, manakala isterinya membonceng di belakang. Mereka melalui jalan berhadapan sebuah vila. Kebetulan di halaman vila tersebut sedang duduk pemilik dan isterinya sambil santai-santai minum petang.
Tiba-tiba pandangan kedua-dua pasangan suami isteri itu bertembung. Pasangan suami isteri yang sedang bersantai di halaman vila merenung pasangan suami isteri yang sedang berbasikal melalui hadapan vilanya.
Walaupun hanya seketika berpandangan tetapi hati mereka sempat berbicara...
"Alangkah bahagianya mereka," bicara hati suami yang sedang menunggang basikal. "Rumah besar, duduk bersantai pula dengan menikmati makanan yang enak-enak. Isterinya cantik, kereta besar..."
Apa pula bicara hati suami yang sedang duduk bersantai di halaman vilanya?
"Oh, romantik sungguh kedua-dua suami isteri itu. Isterinya memeluk erat di belakang. Alangkah bertuahnya mendapat seorang isteri yang disayangi. Tidak seperti aku, sekalipun mempunyai harta yang melimpah ruah tetapi aku tidak bahagia seperti mereka..." begitulah bisik hati si suami kaya itu.
Justeru, siapakah antara kedua-dua mereka yang bahagia apabila masing-masing merasakan orang lain yang lebih bahagia? Apa ukuran sebuah rumah tangga yang bahagia? Mempunyai segala kekayaan dan kemewahan hidup? Rumah besar, perabot mahal dan kereta berjenama, itukah petanda rumah tangga yang bahagia?

Jika itulah petanda bahagia, tentu sahaja rumah tangga Rasulullah s.a.w. dan isteri-isterinya tidak bahagia. Betapa sejarah telah menukilkan sering kali dapur rumah Rasulullah s.a.w. tidak berasap kerana tidak ada makanan untuk dimasak. Alas tempat tidur Rasulullah s.a.w. sangat kasar sehingga berbekas di belakang Baginda apabila tidur di atasnya.
Namun, rumah tangga Rasulullah s.a.w. itulah yang paling bahagia dan hingga kini menjadi contoh teladan untuk kita ikuti.
Apa sebenarnya bahagia itu? Hakikat­nya ramai manusia masih tertanya-tanya dan teraba-raba tentangnya. Yang miskin berasa bahagia itu pada kekayaan. Namun apabila dia mencapai kekayaan, ada yang lain pula disangkanya bahagia, lalu itulah pula yang diburunya untuk mendapat bahagia.
Bagi orang yang sakit, sihat itu bahagia. Sebaliknya pada yang sihat, itu bukan bahagia. Buktinya betapa ramai orang yang sihat tubuh badan tetapi muram jiwanya.
Bagi orang biasa, ternama dan termasyhur itu bahagia. Anehnya ramai pula orang ternama yang menyamar dan ingin lari daripada paparazi kerana benci akan publisiti.
Bahagia Itu dari Hati yang Tenang
Jadi apa bahagia sebenarnya? Bahagia itu bukan dari luar ke dalam, sebaliknya dari dalam ke luar. Maksudnya, harta, nama dan lain-lain perkara berbentuk kebendaan dan luaran bukan penyumbang kepada kebahagiaan seorang manusia. Bahagia itu datang dari dalam diri dan sesuatu yang maknawi sifatnya.
Untuk menangani sesuatu yang berasal atau berpunca dari dalam diri, manusia tidak boleh bergantung kepada dirinya semata-mata. Manusia harus bergantung kepada Allah, Penciptanya Yang Maha Mengetahui. Soal dalaman ialah soal hati atau roh. Itu sangat sedikit diketahui oleh manusia. Untuk mengetahui rahsia bahagia, manusia perlu kembali kepada Penciptanya (Allah).
Bahagia itu datang dari hati yang tenang. Hati yang tenang terhasil daripada sering mengingati Allah. Dalam al-Quran Allah mengingatkan hanya dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenang. Firman Allah yang bermaksud:
"Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (Surah al-Ra'd 13: 28)
Dengan berzikir hati menjadi tenang dan dengan ketenangan hati itulah ter­ciptanya kebahagiaan pada diri seseorang. Itulah resipi kebahagiaan dari segi ilmiah­nya. Namun bagaimana pelaksanaannya?
Saya pernah mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang bekas mufti tentang pengaduan seorang suri rumah tentang kebengisan suaminya. Bayangkan, suaminya "kaki masjid", kuat berzikir dan memakai serban serta jubah. Namun anehnya, suami itu sangat garang dan ganas. Pantang salah sedikit, isterinya akan diherdik, ditampar malah ditendangnya.
Lalu kita tertanya-tanya, mengapa suami yang kuat berzikir itu jadi begitu? Mengapa zikir yang ditegaskan sebagai sumber ketenangan itu gagal memberikan ketenangan kepada suami yang pemarah itu?
Lalu kita bertanya, bagaimana faktor zikrullah (mengingati Allah) ini dapat dipraktikkan dalam rumah tangga agar rumah tangga itu benar-benar mendapat ketenangan dan seterusnya kebahagiaan? Apakah suami, isteri dan seluruh anggota keluarga perlu berzikir sahaja sepanjang masa? Atau mengapa setelah zikir dipraktikkan, rumah tangga masih tidak tenang-tenang juga? Di mana salahnya?
Ada sepasang suami isteri yang meng­hadapi masalah dalam rumah tangga. Isteri keletihan menguruskan anak-anak yang masih kecil manakala suaminya pula keletihan bekerja untuk menyara ekonomi keluarga. Mereka sama-sama letih. Setelah mendengar cerita bagaimana Siti Fatimah dan Sayidina Ali mendapat kekuatan daripada berzikir dengan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar, mereka pun terus mengamalkannya. Sayangnya, mereka tidak mendapat ketenangan seperti yang dialami oleh Siti Fatimah dan Sayidina Ali.
Zikir sudah sama tetapi kenapa kesan pada hati berbeza? Sekali lagi, di mana salahnya?
Zikir itu bukanlah sekadar menyebut-nyebut kalimah zikir tetapi yang lebih penting menghayatinya dengan hati dan mempraktikkannya dengan perbuatan. Oleh sebab itu, zikir itu terbahagi kepada tiga dimensi – lidah (qauli), hati (qalbi) dan perbuatan (fi'li). Inilah yang hendak dipraktikkan oleh suami isteri agar rumah tangga bahagia.
Zikir Pada Lidah (Qauli)
Zikir pada lidah, ramai yang sudah tahu. Yakni lidah menyebut-nyebut kalimah zikir sama ada semasa solat, selepas solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Dalam sebuah rumah tangga, perlu ada program zikir secara rasmi dan tidak rasmi agar seluruh anggota keluarga berzikir sama ada secara berjemaah ataupun individu. Seelok-eloknya setiap keluarga ada amalan-amalan zikir yang khusus dan diamalkan secara istiqamah. Pilih sahaja sama ada al-Ma'thurat, Manzil atau zikir-zikir warisan keluarga yang berasal daripada tarekat-tarekat yang muktabar. Atau ambil sahaja daripada zikir-zikir yang telah terbukti autentik daripada petikan ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.
Zikir Pada Hati (Qalbi)
Tidak cukup sekadar "membaca" atau "menyebut" kalimah zikir, tetapi paling utama mesti dihayati maknanya. Jika Subhanallah, ertinya Maha Suci Allah. Apa maksud Maha Suci Allah itu? Allah suci daripada segala kekurangan, kelemahan dan lain-lain sifat negatif sama ada dari segi zat, sifat, perbuatan dan nama-nama-Nya. Allah itu juga suci daripada segala sifat buruk, hodoh dan seumpamanya. Berlawanan dengan makhluk-Nya yang serba-serbi lemah, kurang dan hina.
Untuk menghayati zikir Subhanallah, seseorang mesti memahami makna dan pengertiannya. Untuk mengetahui dan memahami, seseorang mesti belajar. Setelah itu barulah erti Subhanallah itu dibawa dalam kehidupan dalam bentuk penghayatan apabila bertemu dengan pelbagai insiden dalam rumah tangga. Katakan "Subhanallah" apabila Allah disifatkan dengan sesuatu yang negatif atau apabila berlaku sesuatu yang di luar dugaan sama ada buruk atau baik, suka atau duka, untung atau rugi dalam rumah tangga kita.
Zikir Pada Perbuatan (Fi'li)
Tidak cukup dihayati sahaja, tetapi praktik "Subhanallah" itu hendaklah diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Segala tindakan sama ada oleh suami atau isteri mestilah mencerminkan mereka benar-benar menyucikan Allah. Orang yang benar-benar menyucikan Allah tidak akan marah-marah, mengherdik apalagi memukul pasangannya. Adakah mereka berani berbuat demikian jika mereka merasakan yang suci, yang hebat dan kuat hanya Allah? Orang yang marah-marah, bengis dan mudah naik angin boleh dianggap tidak menyucikan Allah dalam kehidupannya sebaliknya dia "menyucikan" dirinya sendiri.
Ya, kebahagiaan itu datang daripada ketenangan. Ketenangan itu pula datang daripada zikir. Namun bukan semua zikir menghasilkan ketenangan. Zikir yang menghasilkan ketenangan hanyalah zikir yang diamalkan secara bersepadu antara lidah, hati dan anggota. Hanya zikir yang bersepadu itu yang memberi ketenangan pada hati untuk menghadapi pelbagai pancaroba dalam hidup.
Hati yang tenang akan bersyukur apa­bila menerima nikmat, sabar apabila ditimpa musibah, rela mem­beri maaf apabila dipinta, mudah meminta maaf apabila bersalah, qanaah dengan rezeki yang ada, tawakal apabila berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia.


Aktiviti 5



5.1
Sumber: dewan masyarakat

            Apabila Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini mewajibkan kesemua 65 ribu orang pelajar asing yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) di Malaysia agar mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu, kalangan pejuang bahasa menganggapnya sebagai langkah meletakkan semula kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pengajian tinggi di negara ini.
Dengan mewajibkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di negara ini bolehlah mereka memahami budaya setempat dengan lebih baik dan sekali gus mengembangkan dan menambah bilangan penutur bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.
Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa lingua franca. Pada zaman kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, China, India dan Eropah. Ketika itu, bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa.
Demi memupuk perpaduan kaum di negara ini, maka dalam Laporan Razak 1956 dinyatakan bahawa, tujuan akhir dasar pendidikan negara ini adalah untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun, kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan tidak boleh dipaksa secara mendadak. Berdasarkan Laporan Razak jelas bahawa dasar pendidikan yang dilaksanakan dapat membentuk perpaduan kaum di negara ini.
Malah dalam Laporan Rahman Talib 1960, kedudukan sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Tujuan utama penukaran kedudukan ini adalah untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini di samping memantapkan lagi kedudukan bahasa Melayu secara berperingkat dalam sistem pendidikan kebangsaan.


5.2
Sumber: Bahasa Melayu OUM
URL:http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/bahasa-melayu-dan-dasar-pendidikan.html

Dasar bahasa pendidikan ialah dasar yang dipegang dalam menggunakan bahasa sebagai bahasa pengantar di sekolah. Dasar bahasa am ialah dasar yang secara tidak rasmi diterima oleh kerajaan mengenai penggunaan bahasa dalam perdagangan, perhubungan rakyat dan dalam hubungan dengan orang-orang luar, badan-badan atau negara-negara luar (Asmah,1985:23).  Prinsip asas pembuatan keputusan masih berfokuskan kepada pembinaan bangsa. Apa-apa pun yang diputuskan di peringkat kerajaan, termasuklah bahasa,  memberikan kesan kepada perkembangan pembinaan bangsa. Dalam hal ini, sekiranya tidak ada apa-apa polisi juga merupakan satu polisi kerajaan  itu sendiri. Kerajaan haruslah memberikan  perhatian kepada bahasa. Bahasa merupakan komponen yang penting dalam mendefinisikan identiti atau jati diri bangsa.  Malah kita dapati banyak negara-negara bekas Kesatuan Soviet berusaha untuk mengekalkan bahasa ibunda mereka bagi menjaga kepentingan hak minoriti. Bahasa juga merupakan konsep yang penting bagi menjaga kepentingan masyarakat  asli.   Perjanjian Rom memberikan hak kepada orang-orang Eropah bertutur dalam bahasa ibunda dalam urusan seharian mereka.  

Perancangan taraf Bahasa Melayu telah memberikan tiga aspek penting kepada Bahasa Melayu, iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa pendidikan. Taraf Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan menyediakan ruang yang cukup luas untuk Bahasa Melayu berkembang sebagai bahasa ilmu. Sebagai bahasa ilmu, dua ciri penting yang perlu ada ialah keintelektualan dan kesempurnaan. Bahasa Melayu mempunyai kedua-dua ciri tersebut dan hakikatnya Bahasa Melayu berada pada landasan yang tepat menuju kesempurnaan sebagai bahasa ilmu moden. Ini bersesuaian dengan ketetapan yang diisytiharkan oleh UNESCO berkaitan dengan perancangan bahasa dalam dasar pendidikan masyarakat yang multi bahasa. Persidangan Antarabangsa UNESCO ke-31 pada Oktober 2001 telah mengisytiharkan satu deklarasi  prinsip yang harus dipatuhi olah anggota-anggotanya, iaitu:
(a)     Menyokong pengajaran dalam bahasa ibunda sebagai kaedah untuk meningkatkan kualiti pendidikan dengan membina pengetahuan pelajar dan pengajar.
  • Pengajaran dalam bahasa ibunda amat penting bagi pendidikan awal kanak-kanak dan seharusnya diperluaskan kepada peringkat pendidikan yang lebih tinggi. Oleh itu, setiap kanak-kanak seharusnya memulakan pendidikan formal dalam bahasa ibunda dan keadaan buta huruf dalam kalangan orang dewasa juga harus dimulai dengan pengajaran dalam bahasa ibunda.
  • Celik huruf hanya dapat dicapai sekiranya ada bekalan bahan bacaan yang mencukupi bagi kanak-kanak dan juga orang dewasa. Oleh itu penghasilan dan penyebaran bahan pengajaran, sumber pembelajaran, dan bahan bacaan yang berkaitan seharusnya dihasilkan dalam bahasa ibunda.
  • Semua perancangan pendidikan seharusnya merangkumi latihan, iltizam  yang tinggi, guru yang cekap dan kompeten serta biasa dengan kehidupan masyarakatnya sendiri agar dapat mengajar dengan baik dalam bahasa ibunda.
(b)     Menyokong pengajaran dalam dwibahasa atau multibahasa pada semua tahap pendidikan sebagai satu kaedah untuk meningkatkan kualiti sosial dan persamaan jantina  dan unsur penting bagi masyarakat yang pelbagai linguistik.
Komunikasi, ekspresi dan keupayaan mendengar dan bertutur seharusnya ditingkatkan, pada awalnya mestilah dalam bahasa ibunda dan kemudian dalam bahasa kebangsaan dan selepas itu baharulah bahasa asing.
(c)     Menyokong bahasa sebagai komponen penting dalam pendidikan antara budaya dalam usaha untuk menggalakkan pemahaman antara kumpulan populasi yang pelbagai bangsa serta menghormati hak-hak fundamental.
  • Hak mendapat pendidikan setiap anggota kumpulan minoriti sebagaimana juga hak bagi penduduk asli perlulah dihormati melalui pelaksanaan hak mendapat pendidikan dalam bahasa ibunda.
  • Pendidikan seharusnya melahirkan kesedaran tentang nilai positif kepelbagaian budaya dan linguistik.
Masalah kritikal yang dihadapi oleh negara multibangsa ini ialah konflik antara kesetiaan individu terhadap komuniti etniknya berbanding dengan kesetiaan terhadap komuniti yang lebih besar. Persoalan inilah yang perlu difikirkan untuk memudahkan proses pembinaan bangsa.  Masalah ini akan menjadi lebih serius sekiranya kumpulan etnik yang ada terus menerus menggunakan penggunaan bahasa yang pelbagai dan memperlihatkan kesetiaan mereka kepada tradisi linguistik mereka. Kepelbagaian linguistik ini pasti menyebabkan integrasi komunikasi yang rendah sehingga mengakibatkan pemodenan proses yang panjang dan menyulitkan.

Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara Malaysia telah dipertahankan dan diperkembang berdasarkan pelbagai akta dan laporan semula bermula dengan Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961), Akta Bahasa Kebangsaan (1963), Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran (1979) dan Akta Pendidikan (1996).  Jawatankuasa Pelajaran Razak merupakan jawatankuasa pendidikan pertama yang dibentuk sesudah negara mencapai taraf kerajaan sendiri pada tahun 1956. Gagasan pendidikan kebangsaan yang dikemukakan oleh jawatankuasa tersebut berteraskan matlamat perpaduan, dengan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Penyata Razak (1956: Perenggan 2 mengatakan bahawa ”…usaha menyatukan  budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar (utama) walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan serta merta melainkan dengan beransur-ansur”. 

Perincian dan penegasan gagasan pendidikan kebangsaan itu dimantapkan oleh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib (1960). Oleh itu jelaslah bahawa selepas kemerdekaan, Bahasa Melayu telah tumbuh dan berkembang dengan pesat seiring dengan pencapaian dalam pembangunan negara khususnya sektor pendidikan. Isunya ialah perubahan dalam dasar pendidikan negara jugalah yang nampaknya “melupakan” hasrat murni dalam Penyata Razak tersebut telah mencorakkan pemikiran masyarakat kita hari ini yang “terlebih sudu daripada kuah”  dalam mengutamakan Bahasa Inggeris. Laporan Razak mengatakan bahawa Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua yang wajib diajarkan di sekolah.  Kini, permasalahannya ialah dasar tersebut nampaknya sudah mengalami perubahan apabila Bahasa Inggeris bukanlah lagi bahasa kedua malah bahasa utama bagi mendapatkan  ilmu pengetahuan. Perubahan ini melibatkan satu generasi yang bakal membina sebuah tamadun pada masa akan datang. Penerimaan dasar ini sering dipertikaikan dan memperlihatkan kesan langsung perubahan dasar ini untuk direnung bersama-sama oleh masyarakat  umum, dan  khususnya mereka yang terlibat dalam membuat keputusan dan yang melaksanakannya.


Akta Pendidikan (1996) digunakan untuk menentukan dasar, hala tuju dan garis panduan bagi mengawasi perkembangan pendidikan awam yang berfungsi sebagai pelaburan sosial tetapi berbeza dalam pendidikan swasta dilihat sebagai pelaburan pendidikan. Hashim Musa (1996) mengatakan bahawa cabaran yang paling serius terhadap Bahasa Melayu ialah penubuhan kolej swasta dan separuh swasta dan institusi pengajian tinggi awam yang semuanya bergerak ke arah menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Dasar pendidikan negara seharusnya menekankan secara menyeluruh dan bersepadu terhadap penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.  Walaupun Akta Pendidikan Tinggi Swasta (1996) mengatakan bahawa semua IPTS di negara ini hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar tetapi ini bukan jaminan utuh bagi pemerkasaan Bahasa Melayu. Akta yang sama juga memberikan kuasa kepada Menteri Pendidikan Tinggi untuk membenarkan IPTS menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utamanya. Penyata Razak (1956) menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan sebagai bahasa rasmi yang tunggal. Cadangan untuk mengetepikan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah swasta tidak harus diterima.  Sistem pendidikan kebangsaan berhasrat untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang multibahasa ke dalam satu kelompok melalui penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan haruslah diteruskan. Lebih mencabar lagi apabila perbadanan gergasi seperti PETRONAS, Syarikat Telekom Bhd., dan Tenaga Nasional masing-masing menubuhkan Universiti PETRONAS, Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Kesemua universiti ini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama. Sikap membelakangkan Bahasa Melayu ini seolah-olah dimaafkan demi kepentingan negara  agar berada sama taraf dengan negara-negara barat dalam era globalisasi. Kita tidak seharusnya meminggirkan Bahasa Melayu dalam usaha memartabatkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dunia. Negara Jepun dan Cina masih lagi terkehadapan di Asia sebagai pusat pendidikan dunia walaupun bahasa utamanya ialah bahasa ibunda mereka.

Namun demikian, hasrat untuk mengukuhkan Bahasa Melayu menghadapi cabaran yang paling getir apabila munculnya idea pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang telah dibentangkan dalam perjumpaan kabinet pada 17 April 2002. Ini  diikuti pula dengan cadangan oleh Kementerian Pendidikan menyemak semula Kurikulum Baharu Bersepadu untuk memberikan ruang bagi pengajaran Bahasa Inggeris dalam bidang Sains dan Matematik yang dilaksanakan bagi murid tahun satu, pelajar tingkatan satu dan pelajar tingkatan enam rendah pada tahun 2003. Alasan yang diberikan ialah pelajar masih tidak menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, walaupun telah diberikan peluang pemelajaran selama lebih kurang 11 tahun dalam alam persekolahan rendah dan menengah. Sekiranya Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah, maka ini dikira bercanggah dengan apa yang termaktub dalam Dasar Pendidikan Negara. 


Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada 8 November 2006  telah membuat ketetapan meminta kerajaan supaya tidak menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah  demi mengembalikan kedudukan Bahasa Melayu pada tempat yang sewajarnya, sebagaimana termaktub dalam Laporan Razak (1956). Apa yang kurang diberikan perhatian ialah penguasaan Bahasa Inggeris itu sendiri memang lemah dari segi penyediaan kurikulum, kemahiran pengajaran, dan pelaksanaan strategi menyebabkan kemerosotan yang begitu ketara dalam  pelajar. Namun begitu Bahasa Melayu tidak perlu ”dihukum” apabila menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik yang telah berjaya ditangani dengan baik sekali selama ini dalam Bahasa Melayu. Sistem pendidikan dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti telah berjaya melaksanakan penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya menjelang 1983.  Anjakan dasar pendidikan terhadap Bahasa Melayu kelak akan merugikan bangsa Melayu sendiri. Apa yang perlu dilakukan ialah menjalankan kajian semula terhadap kaedah pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Pengalaman penulis sendiri apabila membuat kajian di sekolah di sekitar Petaling Jaya mendapati bahasa penguasaan tulisan pelajar dalam Bahasa Inggeris begitu tinggi sekali. Masalah yang timbul ialah kemahiran komunikasi mereka dalam bahasa tersebut. Pokok persoalan inilah yang harus ditangani dengan berhemat. Kita mempunyai tokoh-tokoh akademik yang boleh menjalankan kajian ini dan menyarankan langkah-langkah yang berkesan mengatasi masalah ini, tanpa mengorbankan Bahasa Melayu.   

Awang Sariyan (2002) mengatakan bahawa pendekatan, kaedah dan prinsip mempelajari Bahasa Inggeris perlu dipertingkat seperti membaiki kaedah pengajaran bahasa itu di institusi pendidikan yang ternyata tidak mencapai matlamatnya dan kegagalan sesuatu mata pelajaran tidak seharusnya membabitkan subjek lain. Kementerian Pendidikan perlu menambah kemudahan bahan bantu pengajaran Bahasa Inggeris, termasuk penggunaan teknologi terkini, selain menyelia atau menambah serta membaiki kemudahan makmal bahasa. Pembudayaan sains dan teknologi dalam Bahasa Melayu memerlukan keyakinan, iltizam dan usaha bersungguh-sungguh serta berterusan semua pihak. Bahasa Inggeris, Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Bahasa Korea dan bahasa maju yang lain terbina dalam tempoh yang cukup lama; sebaliknya, Bahasa Melayu telah berjaya dibangunkan sebagai bahasa sains dan teknologi serta mencapai kemajuan seperti sekarang ini dalam tempoh kira-kira 49 tahun sahaja.    

Kita sedia maklum bahawa falsafah pendidikan negara dihasilkan dalam usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian serta kemakmuran masyarakat dan negara. Dasar Pendidikan Negara mempunyai matlamat untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum melalui satu sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa, iaitu Bahasa Melayu. Oleh itu dasar pendidikan negara seharusnya menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu dengan lebih berkesan  dalam kalangan pelajar. Keperluan ini bukan sahaja pada peringkat sekolah kerajaan dan institusi pengajian tinggi awam tetapi juga perlulah diperluaskan ke peringkat sekolah swasta dan institusi pengajian tinggi swasta. Bahasa Melayu dapat dijadikan alat perpaduan  kerana pelajar berinteraksi dengan mudah serta dapat berbincang menggunakan satu bahasa yang difahami oleh semua golongan bangsa. Mereka dapat menyampaikan pendapat dengan mudah dan keadaan ini akan mewujudkan sikap saling memahami dan melahirkan semangat perpaduan yang kukuh. Bahasa dan pendidikan merupakan dua unsur yang penting dalam pembangunan sesebuah negara. Peminggiran Bahasa Melayu dalam dunia pendidikan seharusnya tidak berlaku kerana hal ini jelas sekali bertentangan dengan perlembagaan negara. Oleh itu, semua pihak yang berwajib dan rakyat Malaysia seharusnya berkerjasama bagi mengekalkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam sistem pendidikan di Malaysia


5.3
Sumber: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
Martabatkan Bahasa Melayu dan Sistem Pendidikan Kebangsaan Dalam Transformasi Pendidikan
KUALA LUMPUR, 28 Jun 2012: Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Budaya dalam Sistem Pendidikan telah dianjurkan oleh Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 28 Jun bertempat di Dewan Bahasa dan Pusataka (DBP).
Majlis pembukaan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Majlis penutupan pula dirasmikan oleh YB Dr. Muhd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) diwakili oleh Presidennya, Ahmad Fahmi Samsuddin, Penolong Setiausaha Agong Mohammad Fazril Saleh,dan exco PKPIM Azizan Ajiji dan Muhd Syahiran Mohammad.
Seminar ini turut merakamkan penyerahan momarandum GAPENA dan kerabatnya yang membantah cadangan mewujudkan semula sekolah aliran Inggeris dan menegaskan bahawa pihak kerajaan perlu berdiri teguh dengan dasar pendidikan sedia ada dan perlembagaan negara.
PKPIM turut menyerahkan memorandum transformasi pendidikan Kebangsaan dalam fokus terhadap Bahasa Melayu dan Sistem Persekolahan Kebangsaan pada hari tersebut.


5.4
Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kukuhkan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan

Oleh ROHAIDAH MASHUDI

Apabila Prof. Dr. Awang Sariyan menyatakan beberapa sebab yang menyebabkan kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tercalar dan tergugat, memang tidak dapat dinafikan kebenaran yang disampaikan olehnya. Tetapi adakah ramai pihak yang menyedari hakikat permasalahan ini atau mereka tidak mengambil endah? Gambaran-gambaran senario yang dihadapi oleh bahasa Melayu seperti yang dinyatakan oleh Dr. Awang seperti, ``Pengurangan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan sebagai kesan pelaksanaan beberapa keputusan dan pengecualian pengajaran bahasa Melayu sebagai subjek wajib,'' merupakan satu gambaran ringkas tentang kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kita.
Pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam proses pemerolehan dan pengembangan ilmu, selaras dengan perancangan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuh oleh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Namun begitu sistem pendidikan yang ada pada hari ini seperti menidakkan kemampuan bahasa Melayu dalam mengembangkan ilmu. Hinggakan ada di kalangan para pelajar yang hanya mempelajari bahasa Melayu atas dasar keperluan peperiksaan sahaja.
Syarat
Ini terutamanya apabila bahasa Melayu menjadi syarat untuk para pelajar memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Tetapi bagaimana pula dengan syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS)? Adakah bahasa Melayu menjadi satu tiket syarat utama untuk pelajar melayakkan diri mereka masuk ke IPTS?Penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan haruslah dimulakan pada peringkat awal prasekolahan lagi, jangan sesekali membenarkan pihak sekolah mengecilkan ruang masa untuk pelajar mempelajari bahasa Melayu.
Bahkan pada peringkat sekolah menengah pula pelajar harus ditekankan lagi peri pentingnya bahasa Melayu untuk pelajar melangkah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Jangan sewenang-wenangnya mengatakan cukup sekadar mendapat kepujian dalam bahasa Melayu untuk melayakkan pelajar lulus dalam peperiksaan yang diduduki tetapi semai dan tanam perasaan cinta kepada bahasa Melayu agar mereka tidak merasa malu untuk terus bertutur dan menggunakan bahasa Melayu.
Hakikatnya kini terdapat segelintir pelajar lepasan sekolah yang merasa malu untuk bertutur dan menggunakan bahasa Melayu kerana sikap mereka yang terlalu mengagungkan bahasa asing.Bahkan dalam satu keadaan terdapat pelajar yang secara terus terang mengatakan tidak faham sekiranya pengajaran di dalam kelas disampaikan dalam bahasa Melayu walaupun zaman persekolahan mereka bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar.
Adalah mustahil untuk menerima hakikat pelajar yang baru meninggalkan zaman persekolahan dalam masa tidak sampai satu tahun sudah melupakan bahasa Melayu.

Saturday 20 April 2013

Aktiviti 3


Garis panduan dan etika penggunaan internet





Sumber : 
1.   http://akubit blogspot.com/2012/01/tajuk-3-aplikasi-garis-panduan-dan.html
2.   http://www.slideshare.net/fazrirahim/etika-penggunaan-internet-11777672
3.   http://anakelate.tripod.com/etika internet.txt
4.   http://www.slideshare.net/anaiyl91/etika-penggunaan-internet-11896802



Pengenalan


Etika komputer merupakan satu bidang berkaitan dengan penggunaan komputer dengan betul.Hak peribadi individu,ketepatan dan kesahihan maklumat,harta intelek dan capaian adalah antara isu yang membabitkan etika penggunaan.Isi Kandungan

·                     Tujuan Penggunaan Internet
·                     Objektif
·                     Prinsip
·                     Etika
·                     Rukun Etika
·                     Tatacara Penggunaan Internet
·                     Isu Etika
·                     Ciri Profesionalisme
·                     Kod Etika
·                     Kerangka Kod
·                     Kod Etika Profesional

Tujuan Penggunaan Internet
'Etika penggunaan internet'atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai'Acceptable Use Policy'(AUP)bertujuan memdidik pengguna mengenai tatacara penggunaan internet yang baik.
Objektif1.            Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer
2.            Memahami prinsip etika komputer
3.            Memahami etika profesional teknologi maklumat
4.            Mengetahui fungsi kod etika profesional
5.            Keperluan etika komputer

Prinsip1. Keseimbangan -Kebaikan yang dibawa teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan                               keburukan.
2. Keizinzn Makluman - Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang mungkin akan dihadapi.
3. Keadilan -Manfaat dan keburukan mestilah diterima oleh pengguna secara adil.
4. Meminimumkan Risiko - Teknologi maklumat mestilah dilaksanakan dengan mengelak dan meminimumkan risiko yang tidak berkaitan agar manfaat yang diterima lebih daripada risiko.

Etika·   Etika komputer ialah satu bidang penggunaan komputer yang betul(panduan)
·   Hak peribadi individu,ketepatan dan kesahihan maklumat,harta intelek dan capaian adalah antara isu yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.(Penggunaan TM + Tidak Bertanggungjawab = Isu Etika)

Rukun Etika·   Tidak menggunakan Komputer untuk membahayakan orang lain.
·   Tidak mengganggu kerja dan menceroboh fail komputer orang lain
·   Tidak menggunakan komputer untuk mencuri dan menipu
·   Tidak menggunakan atau menyalin perisian secara tidak sah(cetak rompak)
·   Tidak menggunakan sumber atau hasil intelektual orang lain tanpa kebenaran atau untuk diri sendiri
·    Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan

Tatacara Penggunaan Internet
a. Hak Ekses Pengguna·   Hak ekses hendaklah dilihat sebagai satu kemudahan yang disediakan oleh JPN untuk membantu melicinkan pentadbiran atau memperbaiki perkhidmatan yang disediakan
·    Pengguna harus mengambil maklum bahawa semua aset ICT di bawah kawalannya(termasuk maklumat)adalah hak milik kerajaan

b. Privasi Pengguna
·    Setiap pengguna hendaklah menghormati privasi pengguna lain dengan tidak menimbulkan sebarang gangguan seperti mencapai fail,memecah kata laluan,memasuki sistem komputer dan mengubah komponen perisian tanpa kebenaran
c. Mengenal Pasti Identiti Pengguna
·   Setiap pengguna perlu mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengguna yang berkomunikasi dengannya dan transaksi maklumat melalui internet
·   Ini bertujuan untuk melindungi maklumat kerajaan daripada sebarang bentuk penyalahgunaan

d. Memilih Laman·    Laman yang dilayari hendaklah hanya berkaitan dengan bidang kerja dan terhad untuk yang dibenarkan sahaja
e. Pengesahan Maklumat·    Bahan yang diperoleh dari internet perlu ditentukan ketetapan dan kesahihannya.
·    Sebagai amalan baik,rujukan sumber internet hendaklah juga dinyatakan

f. Muat Naik Bahan(Upload)·    Bahan rasmi yang hendak dimuat naik ke internet perlu disemak dan mendapat pengesahan daripada ketua jabatan sebelum dimuat naik
g. Muat Turun Bahan(Download)·   Tindakan memuat turun hanya dibenarkan ke atas bahan yang sah dan berdaftar di bawah hak cipta terpelihara
h.Perbincangan Awam
  • Hanya kakitangan JPN yang mendapat kebenaran boleh melibatkan diri dan menggunakan kemudahan ini
  •  Kandungan perbincangan awam seperti newsgroup dan buletin mesti mendapat kebenaran pengesahan ketua jabatan
  •  Setiap maklumat yang dikongsi melambangkan imej jabatan.Oleh itu,setiap pengguna mesti bertindak dengan bijaksana,jelas dan berupaya mengekalkan konsisteni dan keutuhan maklumat berkenaan
2.    Pengetahuan dan penggunaan kurang mendalam dalam komputer berbanding mereka yang arif dalam bidang tersebut3.    Kurang arif tentang undang-undang siber
4.    Orang awam tidak menerima impak yang hebat berkaitan dengan isu etika komputer
5.    Kurangnya pendedahan dalama pengaruh,kegunaan dan kuasa yang ada pada komputer

Ciri Profesionalisme1.    Harus ada perkhidmatan penting dalam matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara
2.    Menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa menjalankan tugas
3.    Mendapat latihan dalam jangka masa tertentu
4.    Harus ada kuasa autonomi semasa menjalankan tugas kerana anggota dalam sesuatu kumpulan profesional adalah pakar dalam bidang tertentu
5.    Mementingkan mutu perkhidmatan dan dedikasi tanpa mementingkan keuntungan(gaji)semasa menjalankan tugas
6.    Mempunyai tatasusila perkhidmatan oleh anggota dalam kumpulan profesional

Kod Etika1.    Inspirasi dan panduan
2.     Pencegahan
3.     Memelihara maruah profesion
4.     Memelihara keharmonian
5.     Sokongan


Kerangka Kod Etika



  •  Kebersendirian

 Maklumat tentang seseorang yang boleh diketahui oleh orang lain
-       Jenis pengawasan yang boleh dilakukan majikan ke atas kakitangan
- Perkara yang boleh disimpan secara peribadi dan tiada paksaan untuk makluman kepada orang lain 

  • Ketepatan Maklumat                     
  • Bertanggungjawab tentaang ketulenan,kesetiaan,ketepatan maklumat yang dikumpul
  •  Memastikan maklumat yang diproses dengan sempurna dan dipersembahkan dengan tepat kepada pengguna
  •   Siapa yang dipertanggungjawabkan bagi ralat dalam maklumat,bagaimana pihak yang terjejas boleh dirampas

  • Hak Milik
    ·                     Siapa miliki maklumat
    ·                     Harga berpatutan sebagai pertukaran maklumat
    ·                     Bagaimana mengendali hak cipta perisian dari cetak rompak
    ·                     Bila pengkalan data yang mempunyai hak milik boleh digunakan
    ·                     Bolehkah komputer korporat digunakan tujuan peribadi
    ·                     Bagaimanakah pakar yang berpengetahuan untuk mencipta sistem pakar diberi pampasan
    ·                     Bagaimana akses kepada saluran maklumat diperuntukan
    Capaian
    ·                     Siapa dibenarkan mengakses maklumat
    ·                     Berapa bayaran perlu dikenakan kerana membenarkan capaian maklumat
    ·                     Bagaimana capaian tersebut disediakan kepada kakitangan yang tidak upaya
    ·                     Siapakah yang diberi peralatan yang diperlukan untuk mencapai maklumat
    ·                     Adakah hak yang dimiliki oleh individu atau organisasi untuk mendapat keistimewaan memperoleh maklumat dan jaminan
    Kod Profesional
    1.            Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa.Contohnya menyebarkan virus
    2.            Menyumbang kepada masyarakat dalam reka bentuk produk baru bagi memudahkan penggunaan komunikasi
    3.            Menghormsti sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya
    4.            Bersikap adil dan tidak menindas
    5.            Menghormati hak cipta dan hak kebersendirian orang lain