Fatimah Abd Razak

Wednesday 17 April 2013

Aktiviti 4- REFLEKSI MEMBINA BLOG

Pengalaman menyiapkan tugasan membina blog menggunakan tapak blogger




Sepanjang menyiapkan tugasan blog ini, terdapat beberapa halangan dan juga kekurangan untuk membina blog. Tambahan pula ini adalah kali pertama saya mempelajari untuk membina blog. Tidak dinafikan kemajuan dalam teknologi maklumat telah banyak membantu para guru untuk mendapatkan maklumat tambahan secara lebih cepat dan mudah. Kewujudan blog juga membantu para guru untuk berkongsi idea dan maklumat sesuatu perkara untuk tatapan pembaca.

Pengalaman menyiapkan blog ini adalah agak sukar kerana saya kurang mahir dalam melayari internet. Kemahiran melayari internet sebenarnya memerlukan minat dan pengetahuan yang mendalam bagi memudahkan untuk mendapatkan maklumat dengan pantas. Namun ianya agak terbatas dari segi masa dan tenaga dimana saya saya perlu membahagikan masa di antara kerjaya, keluarga dan pelajaran. Peruntukan masa untuk melayari internet agak terhad kerana komitmen saya yang lebih terarah dan tertumpu kepada tugas di sekolah dan juga di rumah. Namun saya cuba untuk belajar dan memahami konsep untuk melayari internet  agar dapat membantu untuk menyiapkan tugasan ini.

Tugasan ini juga telah membantu saya untuk mencari maklumat yang betul dan bertepatan dengan kehendak pensyarah melalui laman web yang disediakan. Apabila sesuatu maklumat itu diprolehi, barulah saya tahu bahawa apa saja maklumat atau perkara yang ingin dicari, hampir keseluruhannya terdapat dalam internet. Semuanya di hujung jari. Namun, talian internet di rumah saya agak lambat dan meyukarkan saya untuk melayari internet dengan lebih mudah. Tapi ianya tidak mematahkan semangat saya untuk terus mencuba. Saya juga berkunjung ke Pusat Internet untuk melayari internet dengan lebih pantas. Alhamdulillah, berkat usaha dan semangat tidak putus asa, akhirnya dapat juga saya menyiapkan blog ini.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan yang telah banyak membantu memberi penerangan, panduan dan nasihat yang berguna untuk saya. Juga kepada keluarga yang sentiasa berada di samping saya dan memberi kata-kata semangat supaya tidak berputus asa. Tidak lupa juga kepada pensyarah yang memberi bimbingan, tunjuk ajar dan peluang kepada saya untuk membina blog. Tugasan ini merupakan ilmu baru untuk saya aplikasikan di sekolah nanti. Semoga kalian di lindungi di bawah Rahmat-Nya dan dipermudahkan segala urusan. amin.....

No comments:

Post a Comment