7.1
Sumber: utusan malaysia
11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Sebanyak 11 anjakan yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan
berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan
di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan
penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian
pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor
swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap
ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
7.2
Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia
PUTRAJAYA, 28 Dis (Bernama) -- Timbalan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat berkata Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan dibentang kepada Kabinet Januari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pelan
yang lengkap kemudiannya akan dipersembah kepada Majlis Raja-Raja untuk
mendapat restu peringkat tertinggi itu, bagi pelaksanaannya tahun depan.
"Pelan yang kini berada di peringkat akhir
setelah menerima laporan dan pandangan daripada pelbagai pihak, sudah diterima
supaya ianya dapat dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti pendidikan
negara. Kita sudah banyak membuat perbincangan. Saya fikir tidak ada satu
pihak yang terkecuali."
"Jadi langkah ini agak komprehensif dan lengkap
dan sudah disediakan. Malahan kita tambah baik lagi kalau ada kekurangan kita
lihat dalam tempoh dua tiga bulan lepas," katanya pada sidang akhbar
selepas majlis interaksi bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik Muda di sini,
pada Jumaat.
September lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
yang menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem
pendidikan negara.
Antara yang digariskan adalah menyediakan akses sama
rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa, memastikan
setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris, membangunkan rakyat
Malaysia yang dipacu nilai murni dan menjadikan perguruan sebagai profesion
pilihan.
Mengenai bantahan pihak tertentu termasuk Persekutuan
Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong),
Muhyiddin berkata kementerian tidak mampu memuaskan hati semua pihak.
"(Tetapi) kita sudah ambil kira semua. Malah
pandangan Dong Zong pun sebahagiannya sudah diambil kira tentang status sekolah
Cina, bantuan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.
"Bukan tujuan kita sediakan blue print untuk
puaskan Dong Zong, tetapi yang penting memuaskan rakyat," katanya
No comments:
Post a Comment