Fatimah Abd Razak

Friday, 15 March 2013

Aktiviti 2- BBM 3105



2.1.1

Tajuk: Pencapaian akademik penentu masa depan




Sinopsis:






GENERASI muda digalakkan belajar ke tahap paling tinggi kerana pencapaian akademik boleh menjamin kehidupan masa depan yang lebih baik sekali gus dapat bersaing dalam kerjaya masing-masing di peringkat global.

Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, generasi muda khususnya murid sekolah menengah hendaklah belajar bersungguh-sungguh sehingga ke tahap paling tinggi supaya dapat mencorakkan kehidupan masa depan keluarga dan masyarakat sekeliling.

"Semakin tinggi kelulusan seseorang itu semakin tinggi kedudukannya dalam sesebuah organisasi atau masyarakat berkenaan," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Baucar Bantuan Buku kepada pelajar pra-universiti sekitar Parlimen Bagan Datoh di Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai Sumun, Perak, baru-baru ini.

Beliau berharap bantuan baucar bernilai RM250 itu dapat dimanfaatkan untuk membeli buku dalam usaha meningkatkan tahap ilmu setiap murid.
Selain itu, kata Ahmad Zahid, hasil kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak, beberapa sekolah rendah dan menengah sekitar kawasan berkenaan berjaya meningkatkan pencapaian tinggi dalam peperiksaan awam di negara ini.
"Murid yang berpotensi lulus cemerlang dalam peperiksaan awam diberikan bimbingan kaunseling, motivasi, lawatan ke sekolah berasrama penuh dan institusi pengajian tinggi supaya mereka terangsang mahu belajar bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam pelajaran," ujarnya.

2.1.2

Tajuk: Bahasa rojak boleh bunuh bahasa melayu


URL:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BahasarojakbolehbunuhbahasaMelayu/Article/index_html



Sinopsis:

            Pakar bahasa Melayu dan tokoh perancangan bahasa, Profesor Dr Asmah Omar mendefinisikannya sebagai satu sistem yang menyatakan akal fikiran dan isi hati manusia juga sebagai alat berhubung antara manusia.

Bahasa harus berkembang selaras perkemba­ngan masyarakat pemakai bahasa itu. Dengan kata lain, bahasa alat untuk kita menterjemahkan apa difikirkan manusia melalui bahasa lisan ataupun bahasa isyarat, selain untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling serta harus difahami masya­rakat. 

Namun, menyedihkan apabila bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi masyarakat Malaysia kini seolah-olah makin tiada nilainya dan tidak lagi dihormati. Masalah dalam penggunaan bahasa terutamanya bahasa rojak dilihat amat merunsing­kan terutama di kalangan belia.

Bahasa rojak merujuk kepada bahasa bercampur-aduk yang digunakan dalam tulisan dan lisan.

Dalam majlis perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2012, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penggunaan bahasa rojak akan beransur-ansur menghakis kekuatan sesuatu bahasa. 
Penggunaan bahasa rojak sudah semakin sebati dan menjadi barah hingga merosakkan kekuatan bahasa Melayu. Masalahnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu melalui penulisan dan lisan. 
Masalah melalui penulisan dapat dilihat apabila seseorang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ataupun mengemas kini statusnya dalam medium alam maya. Melalui lisan pula apabila bahasa itu dituturkan dengan bercampur aduk. 
Jika dikaji secara mendalam, penyebaran virus bahasa rojak ini sebenarnya lahir daripada sikap masyarakat sendiri yang ingin menonjolkan kehebatan me­nguasai satu bahasa lain. 
Hal ini kerana mereka mengalami kesukaran berkomunikasi dalam persekitaran dengan bahasa sebenar serta kurangnya penguasaan dalam bahasa berkenaan. 
Ia juga berpunca daripada media bercetak dan elektronik tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam menyampaikan maklumat menyebabkan pendengar terpe­ngaruh. 
Penggunaan bahasa rojak boleh memberi kesan negatif terhadap penghayatan bahasa itu sendiri, selain meng­akibatkan masalah komunikasi dalam masyarakat, maruah dan mutu penguasaan bahasa Melayu akan terus merosot dan terhakis serta menimbulkan pelbagai lagi kesan buruk untuk jang­ka panjang. 
Bagi mengekang wabak ini daripada terus merebak, semua pihak harus berganding bahu untuk menanganinya. 
Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa Pustaka (DBP), Datuk A Aziz Deraman berkata, akta DBP yang dipinda perlu mengatasi kuasa akta lain bertujuan mengenakan tindakan undang-undang atas mereka yang mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa lain serta menggunakan bahasa kebangsaan dengan cara salah. 
Kementerian Pelajaran pula harus memberikan penekanan terhadap guru yang mengajar mata pelajaran bahasa dan dwibahasa supaya tiada bahasa rojak digunakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. 
Dengan cara ini, pelajar bukan saja dapat menguasai mata pelajaran berkenaan, malah dapat membendung masalah bahasa rojak. 
Penerapan budaya peng­gunaan bahasa Melayu yang betul perlu dilakukan ibu bapa sejak kecil lagi bagi mengelakkan masalah ini lebih melarat pada masa depan. 
Bahasa adalah maruah kepada bangsa itu sendiri dan jika tidak dijaga, ia tidak mungkin lagi dihormati, seterusnya membawa kepada jatuhnya maruah sesebuah bangsa.


2.1.3

Tajuk penilaian khas lantik guru cemerlang


URLhttp://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130325/pe_01/Penilaian-khas-lantik-guru-cemerlang



Sinopsis:

            SURUHANJAYA Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sedang melaksanakan Program Penilaian Khas bagi pelantikan tetap graduan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2012.

Pengerusi SPP, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang berkata, ia bertujuan melantik bakal guru yang cemerlang dari segi akademik dan ikhtisas tanpa melalui proses temuduga secara konvensional.

Menurutnya, pelantikan secara terus ini adalah bagi mengiktiraf pencapaian akademik dan ikhtisas graduan yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.5 dan ke atas, mendapat sekurang-kurangnya keputusan A- dalam Praktikum serta diperaku oleh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

"Bilangan graduan tidak melebihi 30 peratus daripada mana-mana IPTA dan IPGM," katanya dalam kenyataan akhbar baru-baru ini.

Jelas beliau, usaha tersebut selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan profesion perguruan dengan melantik calon guru yang terbaik dari segi akademik dan ikhtisas.
Di samping itu, katanya, ia juga selaras dengan matlamat kerajaan merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 iaitu guru dilantik daripada kalangan 30 peratus graduan cemerlang dalam bidang akademik dan ikhtisas untuk menceburi bidang perguruan.
"SPP juga berharap agar usaha ini menjadi penggalak kepada pelajar yang masih di peringkat pengajian agar sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan," katanya.
Beliau memberitahu, Program Penilaian Khas dijalankan secara berperingkat di seluruh negara bermula pada 19 Mac lalu di Kuching, Sarawak melibatkan seramai 247 orang manakala penilaian khas kedua berlangsung 21 Mac di Putrajaya.
"Program Penilaian Khas ini melibatkan sejumlah 2,780 orang graduan cemerlang dari IPTA dan IPGM dan bilangan itu berdasarkan permohonan Kementerian Pelajaran agar SPP menemuduga 8,200 graduan IPGM dan IPTA di seluruh negara," ujar beliau.
Sementara itu, katanya, bagi Program Penilaian Khas di Putrajaya, bilangan graduan cemerlang yang dinilai melibatkan seramai 560 orang.
Zulkurnain memberitahu, bagi Program Penilaian Khas seterusnya diadakan mengikut taburan calon yang paling ramai seperti 28 Mac ini di Johor Bharu, Ipoh (2 April), Sungai Petani (4 April), Kota Bharu (8 April), Kuantan ((11 April) manakala yang terakhir diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 17 April depan.
"Pada akhir penilaian graduan yang layak akan terus diserahkan surat pelantikan oleh SPP manakala baki 5,033 graduan perlu melalui temuduga biasa yang dilaksanakan bermula 19 Februari hingga 28 Mac ini," katanya.

2.1.4

Tajuk:  Satu cara tingkat motivasi pelajar





Sinopsis:

            Kerap kali juga dilabel­kan sebagai program makan angin semata-mata, malah matlamat disasarkan turut dianggap gagal kerana masih tidak mampu dihayati sepenuhnya oleh mahasiswa.

Penyertaan mereka dikatakan hanya bertujuan memenuhi peraturan ditetapkan institusi kerana bimbang memberi kesan kepada gred pencapaian. Justeru, apakah benar program ini gagal mencapai matlamat­nya?

Pengarah Pusat Kursus Umum dan Kokurikulum Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Leftenan Kolonel Profesor Madya Dr Ahmad Ariffian Bujang berkata, bukan program berkenaan yang gagal mencapai matlamatnya tapi mahasiswa tidak pandai menggunakan peluang hingga merugikan diri sendiri.



2.2.1
Tajuk: ialah vs adalah


URL: http://blogkamarulzaman.blogspot.com/



Sinopsis:



 Kata Pemeri

Kesilapan Penggunaan adalah dan ialah

Kata pemeri ialah dan adalah merupakan kata tugas yang tergolong sebagai kata prafrasa. Kata pemeri ialah digunakan untuk menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh-contoh yang dapat dilihat daripada penggunaan kedua-dua kata pemeri ini adalah seperti berikut :

1). Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah
Contoh:
Anak adalah anugerah Allah. (Salah)
Anak ialah anugerah Allah. (Betul)
Pak Mat adalah orang yang pertama menerpka kawasan itu. (Salah)
Pak Mat ialah orang yang pertama meneroka kawasan itu. (Betul)
Matlamat AMAN adalah pembinaan masyarakat sejahtera. (Salah)
Matlamat AMAN ialah pembinaan masyarakat sejahtera. (Betul
2) Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah
Contoh:
Majalah ini ialah untuk kaum wanita sahaja. (Salah)
Majalah ini adalah untuk kaum wanita sahaja. (Betul)
Persembahan itu ialah baik. (Salah)
Persembahan itu adalah baik. (Betul)
3) Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja.
Contoh:
Matlamat utama syarikat ini adalah membantu para golongan muda. (Salah )
Usaha yang dijalankan adalah menerbitkan risalah. (Salah )
Matlamat utama syarikat ini adalah untuk membantu para golongan muda. (Betul)
Usaha yang dijalankan adalah dengan menerbitkan risalah. (Betul)
4) Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat.
Contoh:
Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa... (Salah )
Dengan ini dimaklumkan bahawa... (Betul )
Adalah dimaklumkan bahawa... (Salah )
Dengan ini dimaklumkan bahawa... (Betul)
5) Kesilapan penggunaan kata adalah dan kata kerja
Contoh:
Keputusan ini diambil adalah berdasarkan... (Salah)
Keputusan ini diambil berdasarkan... (Betul)
Para pelajar adalah dipelawa memohon... (Salah)
Para pelajar dipelawa memohon... (Betul)
Kesimpulannya, Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja, manakala kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama. Sebaliknya, kata kerja atau frasa kerja tidak perlu didahului oleh kata pemeri, sama ada ialah atau adalah.


2.2.2

Tajuk : Akar kata,kata akar,kata  dasar atau dasar kata


URL : http://agy7500.blogspot.com/



Sinopsis :

 Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah, istilah yang digunakan ialah akar kata dan kata dasar. Istilah kata akar atau dasar kata tidak pula digunakan.

Istilah akar kata bermaksud bentuk morfem terikat, tetapi bukan jenis imbuhan, dan tidak pula bertaraf perkataan. Bentuk demikian berpotensi menerima imbuhan atau bergabung dengan perkataan lain untuk membentuk perkataan khusus. Contoh akar kata ialah  tawa dan tapa yang masing-masing dapat bergabung dengan awalan untuk membentuk perkataan bertapa tertawa dan bertapa.

Istilah kata dasar pula bentuk morfem bebas dan asas kepada sesuatu perkataan yang berpotensi untuk menerima sebarang imbuhan  dan juga pemajmukan serta penggandaan. Dengan perkataan lain, apabila semua imbuhan diketepikan daripada sesuatu perkataan berimbuhan, perkataan yang tinggal, bentuk kata yang tinggal itulah kata dasar. Contoh kata dasar bagi perkataan “menduduki” ialah duduk, perkataan  “pembelajaran” ialah belajar, perkataan “keterautran” ialah teratur, dan sebagainya.

Jika penjelasan daripada saya sebelum ini bercanggah dengan penjelasan yang dikemukakan ini, penjelasan dalam siri ini hendaklah diterima pakai kerana huraian tentang hal ini telah dimasukkan dalam Buku Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah 2013 yang akan berada di pasaran bermula pada 1 Mei 2013 ini.


2.2.3

Tajuk : Modul pembelajaran bahasa melayu


URL : http://izyanizan.blogspot.com/2010/12/modul-pembelajaran.html



Sinopsis :

1.      Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu

  • Menggunakan web, video, audio, dan imej
  • Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
  • Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.


2.      Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

  • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
  • Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.


3.      Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet

  • Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
  • Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint


4.      Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

  • Memilih bahan sastera
  • Memilih bahan tatabahasa
  • Memilih bahan bidang ilmu lain


5.      Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

  • Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.


6.      Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

  • Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
  • Struktur Linear
  • Struktur Rangkaian


7.      Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat  dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

  • Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
  • Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.
  • Membina bahan.


8.      Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian

  • Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
  • Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran


9.      Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman

  • Prosedur pengeditan
  • Prinsip pengeditan
  • Melaksanakan pengeditan
  • Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa.


10.  Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

§  Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa

§  Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio

§  Membina bahan video dan audio

§  Menggunakan persian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar bertutur dan membaca.

11.  Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video

  • Konferensi secara dalam talian
  • Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur, membaca, dan menulis.


12.  Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu

  • Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
  • Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan


13.  Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu

  • Menggunakan animasi perkataan dan objek PowerPoint
  • Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
  • Memanipulasi animasi dalam persembahan


14.  Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu

  • Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
  • Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
  • Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran


15.  Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang

  • Mengadakan seminar
  • Mengadakan pameran



2.2.4

Tajuk: Variasi bahan bantu mengajar Bahasa Melayu





Sinopsis:

            Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan membantu guru mengajar dengan lebih berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan kepentingan murid-murid. Melalui falsafah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan kurikulum selain memberi perhatian kepada perkembangan individu khususnya dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Sehubungan itu, bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai medium yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid dalam Bahasa Melayu dan sastera. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menggariskan beberapa perkara berkenaan Bahasa Melayu antaranya “Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan...” (Yahya Don, 2005). Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, murid-murid akan mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif dan segar sekali gus menepis tanggapan stereotaip yang menyatakan bahawasanya pembelajaran Bahasa Melayu adalah membosankan.



2.3.1

Tajuk: kesusasteraan Tulisan





Sinopsis:

·  Kesusasteraan tulisan ialah kesusateraan yang disampaikan secara bertulis

·  Pada awalnya, tulisan jawi digunakan untuk menulis kesusasteraan.

·  Sebelum adanya alat pencetak, banyak karya sastera bertulis dengan tangan sahaja.

·  Contohnya Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu

·  Setelah masyarakat didatangi peradaban barat, alat cetak dan tulisan rumi di perkenalkan.
·  Contoh karya-karya sastera adalah seperti Hikayat Sang Kancil
·  Sastera bertulis berbentuk cerita terbahagi kepada 3 iaitu novel, cerpen dan drama.

2.3.2

Tajuk: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu





Sinopsis:

            Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke tujuh. Pada waktu itu terdapat 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Penggunaan bahasa melayu semakin meluas kerana bahasa tersebut mudah dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan menjadi lingua franca dan bahasa ilmu bagi rantau kepulauan Melayu.

Pada zaman kerajaan Sriwijaya bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran ,

perdagangan dan sebagai bahasa ilmu. Menurut catatan yang dibuat oleh seorang

pendita Buddha yang bermastautin selama enam bulan di ibu negeri Sriwijaya,

menyatakan bahawa sudah ada sebuah pusat pengajian agama Buddha menggunakan
bahasa Melayu. Artikal Penyusunan Sejarah Bahasa Melayu : imbasan dan harapan
Dewan Bahasa, Jun 2006 oleh Awang Sariyan. Bahasa Melayu juga telah mencapai zaman
kegemilangannya di zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai bahasa ilmu.
Di Malaysia hari ini bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan sepertiperenggan 152 para satu perlembagaan Malaysia, secara tidak langsung telah mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Menurut ensiklopedia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, menjelaskan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ialah 
peranan bahasa Melayu itu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai 
alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti fizik, kimia, kejuruteraan, 
perubatan, ekonomi, undang-undang, kesusasteraan, dan agama. 
Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa yang ekspresif dalam berbagai bidang ilmu, termasuk sains dan teknologi serta peranannyadalam mendukung ilmu dan pemikiran bangsa.
Kajian ini juga seterusnya menjelaskan tentang masalah- masalah yang dihadapi dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, iaitu halangan-halangan yang dihadapi oleh bahasa itu dalam cabaran ledakan maklumat pada masa kini.
Langkah-langkah perlu di ambil untuk menjamin bahawa bahasa Melayu hari ini masih 
releven sebagai bahasa ilmu, juga akan dikupas dalam kajian ini. Harapan pengkaji dalamkajian ini agar dapat menyedarkan masyarakat bahawa bahasa Melayu sebenarnya bolehdan seharusnya menjadi bahasa ilmu kerana terbukti bahawa sesuatu bahasa itu tidak pernah menjadi penghalang kemajuan seperti yang berlaku di Korea dan Jepun.

2.3.3

Tajuk: Sastera dan pembangunan





Sinopsis:

            Kesusasteraan Melayu merupakan satu bidang ilmu. Ia berada segaris dengan bidang keilmuan lain sama ada sejarah, bahasa, sains, teknologi dan sebagainya. Sebagai suatu bidang ilmu Kesusasteraan Melayu akan menyingkap segenap perkara berkaitan dengan corak penciptaan karya sastera, bentuk pengucapan, sejarah perkembangan bangsa, reaksi kritis terhadap karya, dan hubungan karya sastera dengan penulis dan masyarakat. Termuat sama dalam lingkungan ilmu sastera ialah alam fikiran pengarang yang memungkinkan memberi kesan terhadap pembentukan sifat karya itu sendiri. 

Sifat karya sastera pula dibentur oleh pelbagai inovasi dan faktor luaran yang menjelmakan sifat karya itu sendiri. Zaman tradisi ditandai oleh karya-karya seperti pantun, syair, seloka, nazam, gurindam dan sebagainya. Manakala dalam bentuk prosa pula ia melibatkan sastera sejarah, sastera hikayat, epik, cerita berbingkai dan lainnya. Begitu pula karya-karya yang muncul pada era pemodenan yang terdiri dari cerpen, novel, sajak dan drama. Sifat-sifat karya ini pula perlu diteliti dengan menggunakan kayu ukur yang sesuai dengan zaman dan era penghasilannya. Ia tidak harus dibuat secara sewenang-wenangnya kerana penelitian karya sastera perlu berpegang kepada objektifannya. Ia bukan penelitian berpandukan perasaan dan rasa hati. 

Sejarah perkembangan kajian sastera telah mengalami perubahan apabila diperkenalkan pengkhususan kajian yang melibatkan teori kesusasteraan, sejarah kesusasteraan, dan kritikan kesusasteraan. Semuanya bertujuan untuk menjadikan penelitian karya sastera lebih objektif dan bukan berpandu kepada emosi dan perasaan semata-mata. Teori kesusasteraan berpegang kepada pengajian prinsip-prinsip kesusasteraan dan pengkelasannya. Sastera perlu dilihat sebagai memiliki struktur atau susunan tertentu. Peraturan digubal bagaimana melihat karya sastera berpandukan hukum umum, khusus, dan tersendiri. Namun begitu tidak terlepas dari penelitian teori sastera adalah hubungan anasir-anasir di luar sastera iaitu penulis, masyarakat, dan peminat atau audien. Sebuah karya sastera akan diteliti dari unsur khusus yang membangunkan karya itu serta unsur luaran karya seperti biografi, penulis dan psikologinya. 

Jika teori sastera melihat kaya sastera secara am tetapi kritikan sastera berfokus secara khusus untuk melihat kekuatan atau kelemahan sesebuah karya sastera yang terhasil. Pengkritrik akan memperincian pemerhatian berdasarkan kepada pendekatan yang dipilih. Antaranya melihat karya itu secara khusus berdasarkan karya sastera semata-mata. Pendekatan penelitian karya sastera juga mungkin berfokus kepada hubungan karya sastera dengan elemen luarannya seperti masyarakat, pengarang dan sejarah. Kajian sejarah kesusasteraan pula melihat karya sastera dari sudut kronologi perkembangannya dari semasa ke semasa.


2.3.4

Tajuk: Genre kesusasteraan melayu dalam bahasa melayu





Sinopsis:

            Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak.Kesusasteraan  wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan.Kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaaya manusia. Ia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri.Kesusasteraan Melayu adalah peninggalan nenek moyang kita yang amat berharga dan merupakan lambang sejarah budaya serta kesenian bahasa dan bangsa Melayu. Pengajaran Kesusasteraan Melayu sebagai satu komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu mula diajar di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah. Matlamat Kesusasteraan Melayu diajar di sekolah untuk melengkapkan murid-murid dengan ilmu sastera agar dapat menghayati, menghargai, mencintai dan membanggakan  bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya, ke arah pemantapan cita rasa santera dalam kalangan masyarakat.Hal ini, sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Komponen sastera meliputi pendedahan bahan-bahan sastera seperti;

i. PantunBuku seperti Lanang Berladu Lanang merupakan kumpulan pantun bangsa Melayu Brunei yang diungkapkan oleh Prof. Madya Dr. Hj Hashim. Terdapat pelbagai jenis pantun yang mengandungi persoalan dan pengajaran terutama untuk mengajarkan kemahiran berfikir analogi melalui pembayang maksud yang mengandungi banyak perlambangan


.ii. SyairDewan Bahasa Dan Pustaka telah banyak menerbitkan banyak buku syair, antaranya Adun Nan Alun Sebahtera, Rampaian Laila Syair, Syair Perlembagaan Negeri Brunei, Syair Asli Rajang Hari, Syair Nasihat dan sebagainya. Masih ramai pelajar tidak mengetahui tentang kewujudan syair-syair ini melainkan guru-guru mengenalkannya kepada mereka melalui bahan pengajaran di bilik darjah.


iii. PerambahanPerambahan merupakan versi Brunei yang sama istilahnya dengan peribahasa. Namun, ia mempamerkan kehidupan masyarakat Brunei. Guru-guru boleh mendapatkan buku mengenainya yang bertajuk Perambahan Brunei dan menjadikannya sebagai bahan pengajaran terutama bagi mengajar maksud perbandingan dan kosa kata Melayu Brunei.


iv. Hikayat Diangdangan merupakan hikayat penglipur lara. Antara contoh diangdangan ialah, Hikayat Awang Kamaruddin, Diangdangan Bujang Sigandam, Awang Si Linong, Hikayat Awang Si Ambok,  dan banyak lagi diangdangan lainnya yang dapat dijadikan sebagai bahan pengajaran BahasaMelayu.


v. Cerpen merupakan salah satu bahan kesusasteraan Melayu  Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka juga telah banyak menerbitkan cerpen yang juga boleh digunakan dalam pengajaran bahasa. Antara cerpen yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah, Apabila Sungai Mengalir, Basikal Idaman, Bumi Warisan, Di Hujung Pertemuan dan sebagainya. Selain daripada senarai-senarai di atas, terdapat juga bahan sastera tempatan lain seperti, cerita rakyat, sastera sejarah atau historiografi, sastera epik, sajak atau puisi, novel dan drama. Sekali lagi dinyatakan di sini, terpulanglah kepada guru untuk menyesuaikannya dengan isi pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar


No comments:

Post a comment