2.1.1
Tajuk: Pencapaian akademik
penentu masa depan
URL: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130401/pe_02/Pencapaian-akademik-penentu-masa-depan
Sinopsis:
GENERASI muda digalakkan belajar ke tahap paling tinggi kerana pencapaian
akademik boleh menjamin kehidupan masa depan yang lebih baik sekali gus dapat
bersaing dalam kerjaya masing-masing di peringkat global.
Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr.
Ahmad Zahid Hamidi berkata, generasi muda khususnya murid sekolah menengah hendaklah belajar bersungguh-sungguh sehingga ke tahap paling tinggi supaya
dapat mencorakkan kehidupan masa depan keluarga dan masyarakat sekeliling.
"Semakin tinggi kelulusan seseorang itu semakin tinggi kedudukannya
dalam sesebuah organisasi atau masyarakat berkenaan," katanya ketika
berucap dalam Majlis Penyampaian Baucar Bantuan Buku kepada pelajar
pra-universiti sekitar Parlimen Bagan Datoh di Sekolah Menengah Khir Johari,
Sungai Sumun, Perak, baru-baru ini.
Beliau berharap bantuan baucar bernilai RM250 itu dapat dimanfaatkan untuk
membeli buku dalam usaha meningkatkan tahap ilmu setiap murid.
Selain itu, kata Ahmad Zahid, hasil kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah
Hilir Perak, beberapa sekolah rendah dan menengah sekitar kawasan berkenaan
berjaya meningkatkan pencapaian tinggi dalam peperiksaan awam di negara ini.
"Murid yang berpotensi lulus cemerlang dalam peperiksaan awam
diberikan bimbingan kaunseling, motivasi, lawatan ke sekolah berasrama penuh
dan institusi pengajian tinggi supaya mereka terangsang mahu belajar
bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam pelajaran," ujarnya.
2.1.2
Tajuk: Bahasa rojak boleh
bunuh bahasa melayu
URL:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BahasarojakbolehbunuhbahasaMelayu/Article/index_html
Sinopsis:
Pakar bahasa Melayu dan tokoh perancangan bahasa, Profesor Dr Asmah Omar
mendefinisikannya sebagai satu sistem yang menyatakan akal fikiran dan isi hati
manusia juga sebagai alat berhubung antara manusia.
Bahasa harus berkembang selaras perkembangan
masyarakat pemakai bahasa itu. Dengan kata lain, bahasa alat untuk kita
menterjemahkan apa difikirkan manusia melalui bahasa lisan ataupun bahasa
isyarat, selain untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling serta harus
difahami masyarakat.
Namun, menyedihkan apabila bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi
masyarakat Malaysia kini seolah-olah makin tiada nilainya dan tidak lagi
dihormati. Masalah dalam penggunaan bahasa terutamanya bahasa rojak dilihat
amat merunsingkan terutama di kalangan belia.
Bahasa rojak merujuk kepada bahasa
bercampur-aduk yang digunakan dalam tulisan dan lisan.
Dalam majlis perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2012, Timbalan Perdana
Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,
penggunaan bahasa rojak akan beransur-ansur menghakis kekuatan sesuatu
bahasa.
Penggunaan bahasa rojak sudah semakin sebati dan menjadi barah hingga
merosakkan kekuatan bahasa Melayu. Masalahnya boleh dibahagikan kepada dua
iaitu melalui penulisan dan lisan.
Masalah melalui penulisan dapat dilihat apabila seseorang menghantar
khidmat pesanan ringkas (SMS) ataupun mengemas kini statusnya dalam medium alam
maya. Melalui lisan pula apabila bahasa itu dituturkan dengan bercampur
aduk.
Jika dikaji secara mendalam, penyebaran virus bahasa rojak ini sebenarnya
lahir daripada sikap masyarakat sendiri yang ingin menonjolkan kehebatan menguasai
satu bahasa lain.
Hal ini kerana mereka mengalami kesukaran berkomunikasi dalam persekitaran
dengan bahasa sebenar serta kurangnya penguasaan dalam bahasa berkenaan.
Ia juga berpunca daripada media bercetak dan elektronik tidak
menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam menyampaikan maklumat
menyebabkan pendengar terpengaruh.
Penggunaan bahasa rojak boleh memberi kesan negatif terhadap penghayatan
bahasa itu sendiri, selain mengakibatkan masalah komunikasi dalam masyarakat,
maruah dan mutu penguasaan bahasa Melayu akan terus merosot dan terhakis serta
menimbulkan pelbagai lagi kesan buruk untuk jangka panjang.
Bagi mengekang wabak ini daripada terus merebak, semua pihak harus
berganding bahu untuk menanganinya.
Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa Pustaka (DBP), Datuk A Aziz Deraman
berkata, akta DBP yang dipinda perlu mengatasi kuasa akta lain bertujuan
mengenakan tindakan undang-undang atas mereka yang mencampuradukkan bahasa
Melayu dengan bahasa lain serta menggunakan bahasa kebangsaan dengan cara
salah.
Kementerian Pelajaran pula harus memberikan penekanan terhadap guru yang
mengajar mata pelajaran bahasa dan dwibahasa supaya tiada bahasa rojak
digunakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.
Dengan cara ini, pelajar bukan saja dapat menguasai mata pelajaran
berkenaan, malah dapat membendung masalah bahasa rojak.
Penerapan budaya penggunaan bahasa Melayu yang betul perlu dilakukan ibu
bapa sejak kecil lagi bagi mengelakkan masalah ini lebih melarat pada masa
depan.
Bahasa adalah maruah kepada bangsa itu sendiri dan jika tidak dijaga, ia
tidak mungkin lagi dihormati, seterusnya membawa kepada jatuhnya maruah
sesebuah bangsa.
2.1.3
Tajuk: penilaian khas lantik guru cemerlang
URL: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130325/pe_01/Penilaian-khas-lantik-guru-cemerlang
Sinopsis:
SURUHANJAYA Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sedang melaksanakan Program
Penilaian Khas bagi pelantikan tetap graduan cemerlang Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan 2012.
Pengerusi SPP, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang berkata, ia bertujuan melantik
bakal guru yang cemerlang dari segi akademik dan ikhtisas tanpa melalui proses
temuduga secara konvensional.
Menurutnya, pelantikan secara terus ini adalah bagi mengiktiraf pencapaian
akademik dan ikhtisas graduan yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif
(PNGK) 3.5 dan ke atas, mendapat sekurang-kurangnya keputusan A- dalam
Praktikum serta diperaku oleh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
"Bilangan graduan tidak melebihi 30 peratus daripada mana-mana IPTA
dan IPGM," katanya dalam kenyataan akhbar baru-baru ini.
Jelas beliau, usaha tersebut selaras dengan hasrat kerajaan untuk
meningkatkan profesion perguruan dengan melantik calon guru yang terbaik dari
segi akademik dan ikhtisas.
Di samping itu, katanya, ia juga selaras dengan matlamat kerajaan
merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 iaitu guru dilantik daripada
kalangan 30 peratus graduan cemerlang dalam bidang akademik dan ikhtisas untuk
menceburi bidang perguruan.
"SPP juga berharap agar usaha ini menjadi penggalak kepada pelajar
yang masih di peringkat pengajian agar sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan,"
katanya.
Beliau memberitahu, Program Penilaian Khas dijalankan secara berperingkat
di seluruh negara bermula pada 19 Mac lalu di Kuching, Sarawak melibatkan
seramai 247 orang manakala penilaian khas kedua berlangsung 21 Mac di
Putrajaya.
"Program Penilaian Khas ini melibatkan sejumlah 2,780 orang graduan
cemerlang dari IPTA dan IPGM dan bilangan itu berdasarkan permohonan
Kementerian Pelajaran agar SPP menemuduga 8,200 graduan IPGM dan IPTA di
seluruh negara," ujar beliau.
Sementara itu, katanya, bagi Program Penilaian Khas di Putrajaya, bilangan
graduan cemerlang yang dinilai melibatkan seramai 560 orang.
Zulkurnain memberitahu, bagi Program Penilaian Khas seterusnya diadakan
mengikut taburan calon yang paling ramai seperti 28 Mac ini di Johor Bharu, Ipoh
(2 April), Sungai Petani (4 April), Kota Bharu (8 April), Kuantan ((11 April)
manakala yang terakhir diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 17 April depan.
"Pada akhir penilaian graduan yang layak akan terus diserahkan surat
pelantikan oleh SPP manakala baki 5,033 graduan perlu melalui temuduga biasa
yang dilaksanakan bermula 19 Februari hingga 28 Mac ini," katanya.
2.1.4
Tajuk: Satu cara tingkat motivasi pelajar
Sinopsis:
Kerap kali juga dilabelkan sebagai program makan angin semata-mata, malah
matlamat disasarkan turut dianggap gagal kerana masih tidak mampu dihayati
sepenuhnya oleh mahasiswa.
Penyertaan mereka dikatakan hanya bertujuan memenuhi
peraturan ditetapkan institusi kerana bimbang memberi kesan kepada gred
pencapaian. Justeru, apakah benar program ini gagal mencapai matlamatnya?
Pengarah Pusat Kursus Umum dan Kokurikulum Universiti Teknologi Malaysia
(UTM), Leftenan Kolonel Profesor Madya Dr Ahmad Ariffian Bujang berkata, bukan
program berkenaan yang gagal mencapai matlamatnya tapi mahasiswa tidak pandai
menggunakan peluang hingga merugikan diri sendiri.
2.2.1
Tajuk:
ialah vs adalah
URL:
http://blogkamarulzaman.blogspot.com/
Sinopsis:
Kata Pemeri
Kesilapan Penggunaan adalah dan ialah
Kata pemeri ialah dan adalah merupakan kata tugas yang tergolong sebagai
kata prafrasa. Kata pemeri ialah digunakan untuk menunjukkan persamaan dan
hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di
hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh-contoh yang dapat dilihat
daripada penggunaan kedua-dua kata pemeri ini adalah seperti berikut :
1). Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah
Contoh:
Anak adalah anugerah Allah. (Salah)
Anak ialah anugerah Allah. (Betul)
Pak Mat adalah orang yang pertama menerpka kawasan itu. (Salah)
Pak Mat ialah orang yang pertama meneroka kawasan itu. (Betul)
Matlamat AMAN adalah pembinaan masyarakat sejahtera. (Salah)
Matlamat AMAN ialah pembinaan masyarakat sejahtera. (Betul
2) Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah
Contoh:
Majalah ini ialah untuk kaum wanita sahaja. (Salah)
Majalah ini adalah untuk kaum wanita sahaja. (Betul)
Persembahan itu ialah baik. (Salah)
Persembahan itu adalah baik. (Betul)
3) Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja.
Contoh:
Matlamat utama syarikat ini adalah membantu para golongan muda. (Salah )
Usaha yang dijalankan adalah menerbitkan risalah. (Salah )
Matlamat utama syarikat ini adalah untuk membantu para golongan muda.
(Betul)
Usaha yang dijalankan adalah dengan menerbitkan risalah. (Betul)
4) Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat.
Contoh:
Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa... (Salah )
Dengan ini dimaklumkan bahawa... (Betul )
Adalah dimaklumkan bahawa... (Salah )
Dengan ini dimaklumkan bahawa... (Betul)
5) Kesilapan penggunaan kata adalah dan kata kerja
Contoh:
Keputusan ini diambil adalah berdasarkan... (Salah)
Keputusan ini diambil berdasarkan... (Betul)
Para pelajar adalah dipelawa memohon... (Salah)
Para pelajar dipelawa memohon... (Betul)
Kesimpulannya, Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama
dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja, manakala kata pemeri ialah
hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama. Sebaliknya, kata kerja atau
frasa kerja tidak perlu didahului oleh kata pemeri, sama ada ialah atau adalah.
2.2.2
Tajuk : Akar
kata,kata akar,kata dasar atau dasar kata
URL :
http://agy7500.blogspot.com/
Sinopsis :
Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah,
istilah yang digunakan ialah akar kata dan kata dasar. Istilah kata akar atau
dasar kata tidak pula digunakan.
Istilah akar kata bermaksud bentuk morfem terikat, tetapi bukan jenis
imbuhan, dan tidak pula bertaraf perkataan. Bentuk demikian berpotensi menerima
imbuhan atau bergabung dengan perkataan lain untuk membentuk perkataan khusus.
Contoh akar kata ialah tawa dan tapa yang masing-masing dapat bergabung
dengan awalan untuk membentuk perkataan bertapa tertawa dan bertapa.
Istilah kata dasar pula bentuk morfem bebas dan asas kepada sesuatu
perkataan yang berpotensi untuk menerima sebarang imbuhan dan juga
pemajmukan serta penggandaan. Dengan perkataan lain, apabila semua imbuhan
diketepikan daripada sesuatu perkataan berimbuhan, perkataan yang tinggal, bentuk
kata yang tinggal itulah kata dasar. Contoh kata dasar bagi perkataan
“menduduki” ialah duduk, perkataan “pembelajaran” ialah belajar,
perkataan “keterautran” ialah teratur, dan sebagainya.
Jika penjelasan daripada saya sebelum ini bercanggah dengan penjelasan yang
dikemukakan ini, penjelasan dalam siri ini hendaklah diterima pakai kerana
huraian tentang hal ini telah dimasukkan dalam Buku Tatabahasa Dewan Edisi
Sekolah Rendah 2013 yang akan berada di pasaran bermula pada 1 Mei 2013 ini.
2.2.3
Tajuk : Modul
pembelajaran bahasa melayu
URL :
http://izyanizan.blogspot.com/2010/12/modul-pembelajaran.html
Sinopsis :
1. Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
- Menggunakan web, video, audio, dan imej
- Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
- Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
2. Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Bahasa Melayu
- Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
- Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
3. Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
- Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
- Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint
4. Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
- Memilih bahan sastera
- Memilih bahan tatabahasa
- Memilih bahan bidang ilmu lain
5. Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran
dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
- Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
- Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
- Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
- Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.
6. Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam
Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
- Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
- Struktur Linear
- Struktur Rangkaian
7. Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
- Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
- Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.
- Membina bahan.
8. Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar
Talian
- Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
- Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran
9. Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam
Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman
- Prosedur pengeditan
- Prinsip pengeditan
- Melaksanakan pengeditan
- Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa.
10. Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran
Bahasa Melayu
§ Menentukan
peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
§ Menentukan
prinsip pembinaan bahan video dan audio
§ Membina bahan
video dan audio
§ Menggunakan
persian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar bertutur dan membaca.
11. Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
- Konferensi secara dalam talian
- Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur, membaca, dan menulis.
12. Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa
Melayu
- Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
- Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
13. Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan
Pengajaran Bahasa Melayu
- Menggunakan animasi perkataan dan objek PowerPoint
- Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
- Memanipulasi animasi dalam persembahan
14. Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran
Bahasa Melayu
- Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
- Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
- Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran
15. Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Dekad Kini dan Mendatang
- Mengadakan seminar
- Mengadakan pameran
2.2.4
Tajuk: Variasi bahan bantu
mengajar Bahasa Melayu
Sinopsis:
Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan membantu
guru mengajar dengan lebih berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang mengutamakan kepentingan murid-murid. Melalui falsafah ini,
Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha menjelaskan konsep pembangunan
kemanusiaan dalam penggubalan kurikulum selain memberi perhatian kepada
perkembangan individu khususnya dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Sehubungan itu, bahan bantu mengajar dapat
dilihat sebagai medium yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid dalam
Bahasa Melayu dan sastera. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menggariskan beberapa
perkara berkenaan Bahasa Melayu antaranya “Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi
bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan...” (Yahya Don, 2005). Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang
bersesuaian, murid-murid akan mengalami proses pembelajaran yang lebih
interaktif dan segar sekali gus menepis tanggapan stereotaip yang menyatakan
bahawasanya pembelajaran Bahasa Melayu adalah membosankan.
2.3.1
Tajuk: kesusasteraan Tulisan
Sinopsis:
· Kesusasteraan tulisan ialah kesusateraan yang disampaikan secara bertulis
· Pada awalnya, tulisan jawi digunakan untuk menulis kesusasteraan.
· Sebelum adanya alat pencetak, banyak karya sastera bertulis dengan tangan
sahaja.
· Contohnya Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu
· Setelah masyarakat didatangi peradaban barat, alat cetak dan tulisan rumi
di perkenalkan.
· Contoh karya-karya sastera adalah seperti Hikayat Sang Kancil
· Sastera bertulis berbentuk cerita terbahagi kepada 3 iaitu novel, cerpen
dan drama.
2.3.2
Tajuk: Bahasa Melayu Sebagai
Bahasa Ilmu
Sinopsis:
Bahasa
Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke tujuh. Pada waktu itu terdapat 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut.
Penggunaan bahasa melayu semakin meluas kerana bahasa tersebut mudah dituturkan
berbanding dengan bahasa yang lain. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam
bahasa Melayu yang dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan
bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan menjadi lingua franca dan
bahasa ilmu bagi rantau kepulauan Melayu.
Pada zaman kerajaan Sriwijaya bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran ,
perdagangan dan sebagai bahasa ilmu. Menurut catatan yang dibuat oleh
seorang
pendita Buddha yang bermastautin selama enam bulan di ibu negeri Sriwijaya,
menyatakan bahawa sudah ada sebuah pusat pengajian agama Buddha menggunakan
bahasa Melayu. Artikal Penyusunan Sejarah Bahasa Melayu : imbasan dan
harapan
Dewan Bahasa, Jun 2006 oleh Awang Sariyan. Bahasa Melayu juga telah
mencapai zaman
kegemilangannya di zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai bahasa ilmu.
Di Malaysia hari ini bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa
kebangsaan sepertiperenggan 152 para satu perlembagaan Malaysia, secara tidak
langsung telah mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Menurut
ensiklopedia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, menjelaskan bahawa bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu ialah
peranan bahasa Melayu itu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau
sebagai
alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti fizik, kimia,
kejuruteraan,
perubatan, ekonomi, undang-undang, kesusasteraan, dan agama.
Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa yang ekspresif dalam berbagai bidang
ilmu, termasuk sains dan teknologi serta peranannyadalam mendukung ilmu dan
pemikiran bangsa.
Kajian ini juga seterusnya menjelaskan tentang masalah- masalah yang
dihadapi dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, iaitu
halangan-halangan yang dihadapi oleh bahasa itu dalam cabaran ledakan maklumat
pada masa kini.
Langkah-langkah perlu di ambil untuk menjamin bahawa bahasa Melayu hari ini
masih
releven sebagai bahasa ilmu, juga akan dikupas dalam kajian ini. Harapan
pengkaji dalamkajian ini agar dapat menyedarkan masyarakat bahawa bahasa Melayu
sebenarnya bolehdan seharusnya menjadi bahasa ilmu kerana terbukti bahawa
sesuatu bahasa itu tidak pernah menjadi penghalang kemajuan seperti yang
berlaku di Korea dan Jepun.
2.3.3
Tajuk: Sastera dan pembangunan
Sinopsis:
Kesusasteraan Melayu merupakan satu bidang ilmu. Ia berada segaris
dengan bidang keilmuan lain sama ada sejarah, bahasa, sains, teknologi dan
sebagainya. Sebagai suatu bidang ilmu Kesusasteraan Melayu akan menyingkap
segenap perkara berkaitan dengan corak penciptaan karya sastera, bentuk
pengucapan, sejarah perkembangan bangsa, reaksi kritis terhadap karya, dan
hubungan karya sastera dengan penulis dan masyarakat. Termuat sama dalam
lingkungan ilmu sastera ialah alam fikiran pengarang yang memungkinkan memberi
kesan terhadap pembentukan sifat karya itu sendiri.
Sifat karya sastera pula dibentur oleh pelbagai inovasi dan faktor luaran
yang menjelmakan sifat karya itu sendiri. Zaman tradisi ditandai oleh
karya-karya seperti pantun, syair, seloka, nazam, gurindam dan sebagainya.
Manakala dalam bentuk prosa pula ia melibatkan sastera sejarah, sastera
hikayat, epik, cerita berbingkai dan lainnya. Begitu pula karya-karya yang
muncul pada era pemodenan yang terdiri dari cerpen, novel, sajak dan drama.
Sifat-sifat karya ini pula perlu diteliti dengan menggunakan kayu ukur yang
sesuai dengan zaman dan era penghasilannya. Ia tidak harus dibuat secara
sewenang-wenangnya kerana penelitian karya sastera perlu berpegang kepada
objektifannya. Ia bukan penelitian berpandukan perasaan dan rasa hati.
Sejarah perkembangan kajian sastera telah mengalami perubahan apabila
diperkenalkan pengkhususan kajian yang melibatkan teori kesusasteraan, sejarah
kesusasteraan, dan kritikan kesusasteraan. Semuanya bertujuan untuk menjadikan
penelitian karya sastera lebih objektif dan bukan berpandu kepada emosi dan
perasaan semata-mata. Teori kesusasteraan berpegang kepada pengajian prinsip-prinsip
kesusasteraan dan pengkelasannya. Sastera perlu dilihat sebagai memiliki
struktur atau susunan tertentu. Peraturan digubal bagaimana melihat karya
sastera berpandukan hukum umum, khusus, dan tersendiri. Namun begitu tidak
terlepas dari penelitian teori sastera adalah hubungan anasir-anasir di luar
sastera iaitu penulis, masyarakat, dan peminat atau audien. Sebuah karya
sastera akan diteliti dari unsur khusus yang membangunkan karya itu serta unsur
luaran karya seperti biografi, penulis dan psikologinya.
Jika teori sastera melihat kaya sastera secara am tetapi kritikan sastera
berfokus secara khusus untuk melihat kekuatan atau kelemahan sesebuah karya
sastera yang terhasil. Pengkritrik akan memperincian pemerhatian berdasarkan
kepada pendekatan yang dipilih. Antaranya melihat karya itu secara khusus
berdasarkan karya sastera semata-mata. Pendekatan penelitian karya sastera juga
mungkin berfokus kepada hubungan karya sastera dengan elemen luarannya seperti
masyarakat, pengarang dan sejarah. Kajian sejarah kesusasteraan pula melihat
karya sastera dari sudut kronologi perkembangannya dari semasa ke semasa.
2.3.4
Tajuk: Genre kesusasteraan
melayu dalam bahasa melayu
Sinopsis:
Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang
disampaikan melalui bahasa. Perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan
buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih
luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang
indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak.Kesusasteraan wujud
dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga bentuk lisan. Dalam
kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak
terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi
lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan
pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan
kesusasteraan.Kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian
daripada budaaya manusia. Ia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi
estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri.Kesusasteraan Melayu adalah peninggalan nenek moyang kita yang amat
berharga dan merupakan lambang sejarah budaya serta kesenian bahasa dan bangsa
Melayu. Pengajaran Kesusasteraan Melayu sebagai satu komponen dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu mula diajar di sekolah rendah dan juga di sekolah
menengah. Matlamat Kesusasteraan Melayu diajar di sekolah untuk melengkapkan
murid-murid dengan ilmu sastera agar dapat menghayati, menghargai, mencintai
dan membanggakan bahasa dan sastera Melayu dalam bidang
pendidikan dan kerjaya, ke arah pemantapan cita rasa santera dalam kalangan
masyarakat.Hal ini, sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek (JERI). Komponen sastera meliputi pendedahan bahan-bahan
sastera seperti;
i. PantunBuku seperti Lanang Berladu Lanang merupakan kumpulan pantun bangsa Melayu Brunei yang diungkapkan oleh Prof. Madya Dr. Hj Hashim. Terdapat pelbagai jenis pantun yang mengandungi persoalan dan pengajaran terutama untuk mengajarkan kemahiran berfikir analogi melalui pembayang maksud yang mengandungi banyak perlambangan
.ii. SyairDewan Bahasa Dan Pustaka telah banyak menerbitkan banyak buku syair, antaranya Adun Nan Alun Sebahtera, Rampaian Laila Syair, Syair Perlembagaan Negeri Brunei, Syair Asli Rajang Hari, Syair Nasihat dan sebagainya. Masih ramai pelajar tidak mengetahui tentang kewujudan syair-syair ini melainkan guru-guru mengenalkannya kepada mereka melalui bahan pengajaran di bilik darjah.
iii. PerambahanPerambahan merupakan versi Brunei yang sama istilahnya dengan peribahasa. Namun, ia mempamerkan kehidupan masyarakat Brunei. Guru-guru boleh mendapatkan buku mengenainya yang bertajuk Perambahan Brunei dan menjadikannya sebagai bahan pengajaran terutama bagi mengajar maksud perbandingan dan kosa kata Melayu Brunei.
iv. Hikayat Diangdangan merupakan hikayat penglipur lara. Antara contoh diangdangan ialah, Hikayat Awang Kamaruddin, Diangdangan Bujang Sigandam, Awang Si Linong, Hikayat Awang Si Ambok, dan banyak lagi diangdangan lainnya yang dapat dijadikan sebagai bahan pengajaran BahasaMelayu.
v. Cerpen merupakan salah satu bahan kesusasteraan Melayu Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka juga telah banyak menerbitkan cerpen yang juga boleh digunakan dalam pengajaran bahasa. Antara cerpen yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah, Apabila Sungai Mengalir, Basikal Idaman, Bumi Warisan, Di Hujung Pertemuan dan sebagainya. Selain daripada senarai-senarai di atas, terdapat juga bahan sastera tempatan lain seperti, cerita rakyat, sastera sejarah atau historiografi, sastera epik, sajak atau puisi, novel dan drama. Sekali lagi dinyatakan di sini, terpulanglah kepada guru untuk menyesuaikannya dengan isi pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar
i. PantunBuku seperti Lanang Berladu Lanang merupakan kumpulan pantun bangsa Melayu Brunei yang diungkapkan oleh Prof. Madya Dr. Hj Hashim. Terdapat pelbagai jenis pantun yang mengandungi persoalan dan pengajaran terutama untuk mengajarkan kemahiran berfikir analogi melalui pembayang maksud yang mengandungi banyak perlambangan
.ii. SyairDewan Bahasa Dan Pustaka telah banyak menerbitkan banyak buku syair, antaranya Adun Nan Alun Sebahtera, Rampaian Laila Syair, Syair Perlembagaan Negeri Brunei, Syair Asli Rajang Hari, Syair Nasihat dan sebagainya. Masih ramai pelajar tidak mengetahui tentang kewujudan syair-syair ini melainkan guru-guru mengenalkannya kepada mereka melalui bahan pengajaran di bilik darjah.
iii. PerambahanPerambahan merupakan versi Brunei yang sama istilahnya dengan peribahasa. Namun, ia mempamerkan kehidupan masyarakat Brunei. Guru-guru boleh mendapatkan buku mengenainya yang bertajuk Perambahan Brunei dan menjadikannya sebagai bahan pengajaran terutama bagi mengajar maksud perbandingan dan kosa kata Melayu Brunei.
iv. Hikayat Diangdangan merupakan hikayat penglipur lara. Antara contoh diangdangan ialah, Hikayat Awang Kamaruddin, Diangdangan Bujang Sigandam, Awang Si Linong, Hikayat Awang Si Ambok, dan banyak lagi diangdangan lainnya yang dapat dijadikan sebagai bahan pengajaran BahasaMelayu.
v. Cerpen merupakan salah satu bahan kesusasteraan Melayu Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka juga telah banyak menerbitkan cerpen yang juga boleh digunakan dalam pengajaran bahasa. Antara cerpen yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah, Apabila Sungai Mengalir, Basikal Idaman, Bumi Warisan, Di Hujung Pertemuan dan sebagainya. Selain daripada senarai-senarai di atas, terdapat juga bahan sastera tempatan lain seperti, cerita rakyat, sastera sejarah atau historiografi, sastera epik, sajak atau puisi, novel dan drama. Sekali lagi dinyatakan di sini, terpulanglah kepada guru untuk menyesuaikannya dengan isi pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar